BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

contest episode 12...(K.A.M.I F.O.T.O.G.E.N.I.K)

Salam..

ha..cik Am lambat sikit join contest ni...
maaf la ye...:D

tapi xpela...
ok..ni banner tuan punyer contest ni..


untuk gambar solo...
cik Am pertaruhkan gambar ini...




untuk gambar duo pula...
gambar ini...



dan untuk gambar beramai-ramai...
gambar ini...:D



ok la...kami rasa kami patut menang contest ini kerana...kami adalah fotogenik bukan fotogedik..hahaha...bukan mudah nak snap pic kami ni...hanya pada masa tertentu sahaja...:D(bajet je)...


cik Am nak tag:
aina
wawa
pnut
ira
gg


ok la..itu je...daaaaaaaaaaaaa

ini entri annoying,tapi entri khas buat yang tersayang..:D

Salam..

ok la...to my zR thanz coz sudi keluar semalam ngan cik Am untuk berbuka puasa...wah...cik Am puasa cm pelik je...ap yang nak peliknya dengan puasa bagus pe..(sbnarnya nak berkejar2 sblm rayer ni...al-maklum la perempuan..:D)



thanz again...
cik Am buka puasa makan nasi ayam lemon je..that's my favourite,...ermm..yummy...

dan zR makan nasi ap tah...claypot xclaypot..mende pelik2 je makan..haha

lepas makan..juz jalan2...n then balik...
maklum la masing2 fulusnya da nak abiz..kena jimat..
xley kuar lame2...:D

sambil2 kuar p bukak pose...zR nak cri adiah untuk tutorny....erm..
layan je la..:D
tapi xbeli2 pn...

hahaha...
ok la..itu je la yang berlaku semalam...
ni cite sal smlm taw..arini cik Am xpuasa...:D
ari khamis plak puasa...
sape nak join..jom..kita puasa...yeay..:)

k..daaaaaaaaa

entri khas untuk my lecturer..:(

Salam…

khas untuk lecturer tersayang yang kembali ke rahmatullah...
sgt sdey mengingatkan tarikh itu...
untuk lebih lanjut pasal lecturer cik Am...
klik sini...

encik sgt rapat dengan studentnya..semua menyayangi encik sgt..walaupun encik telah pergi tapi kami sentiasa ingat encik..ingat cara encik gelak,senyum,berjalan dan banyak lagi...

hari ni kelas encik selepas encik pergi selama-lamanya..
sgt pelik rasa pagi tu..biasa encik suruh kami makan dulu baru belajar...
kalau belajar pn kejap je..yang lain banyak borak kosong..
Cik Am sdey ingat semua kenangan bersama encik..kenangan pergi bina insan guru(BIG) bersama...

cik Am lagi sdey sbb cik Am xtaw pn encik sakit...begitu jugak kawan2 cik Am...kami sgt terkilan..kalau la dpt borak2 ngan encik lagi..bergurau2 lagi...encik pergi merupakan berita yang paling terkejut dalam sem ni..macam xcaye...kalau kami taw encik demam dan dalam wad..kami pergi melawat encik...tgk keadaan encik..

tyme encik pergi pn...kami xdpt nk pergi ziarah rumah encik...
sbb da penuh da sbuah bas yg pergi ke rumah encik...
xde wakil kelas kami pn dpt pergi..kami sgt terkilan dan kecewa...
mintak izin naik kreta keluar tp xdbenarkan...

kami hanya duduk dalam bilik n berdoa untuk encik...
kami harap nanti kami akan melawat encik..
encik..jgn isau k,kami akan melawat jugak encik nanti...

cepat betol encik pergi..
sem ni xabiz ag...
exam xlepas lagi...
kami rindu encik
semoga encik aman disana...
amin...

kawan2 semua..marilah kita membaca al-fatihah untuk sape2 saja yang telah kembali ke rahmatullah...

in memory: en.zakaria kaliman..:(
(al-fatihah)...

k...daaaaaaaaaaaaaaaaa

20 PERKARA MEMBUATKAN WANITA XSUKA LELAKI

Salam...
ok...kali ni cik Am nk bercerita tentang 20 perkara yg membuat lelaki 
dibenci oleh wanita...
nk taw??
jom kita tgk satu persatu di bawah ni...:D




1.  MENINGGIKAN SUARA 
      Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2.    MAIN KAYU TIGA 
      Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3.    SUKA ‘CUCI MATA’ 
      Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4.    MENGONGKONG 
      Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macam mana tu?

5.    EGO 
      Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6.    MENIPU 
      Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.\

7.    PERASAN 
      Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8.     MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI 
      Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9.    KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN 
      Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA 
      Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11.  MATA DUITAN 
      Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA 
      Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN 
      Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK 
      Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR 
      Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH 
      Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN 
     Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI 
     Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT 
      Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO 
      Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

da baca??so...ap lagi renung2 kan dan selamat beramal..:D
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

heartbeat.my

jom2....
sape2 nk wat ni sbg hdiah...
juz lawat ni ye...:)


Make Your Own Gifts Here

pesta buku antarabangsa tahun 2011

Salam...
ok la...untuk pengetahuan korang semua...
pesta buku bakal diadakan start hujung minggu ni...
so,jom berkunjung ke sana...


cik Am ingat nak p jugak tapi tgk la cmne...
cik Am lau pesta buku ni mmg favourite cik Am..haha
sejak zaman sekolah lagi....
bukan baca buku akademik pn..pegi tempat novel grafik,novel,majalah..hahaha
best tu...


so...pergi la meriahkan pesta buku tu ye...membaca tu amalan kita...
cewah....
:D
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaa

seandainya lelaki tahu....

Salam..
ok...mcm2 yg perempuan menginginkan seandainya lelaki tahu...mcm2 dy nk lelaki taw tentang perasaannya...
so,kpd laki2...fahamilah kami seorg wanita ini.....


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




da baca??ok la..itu saje...
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

dapat bunga?? bestnyerrr

Salam..

ok la..entri kali ni cik Am nak tanya ckit sape pernah ase perasaan mendapat bunga dari yang tersayang..hehe...
cmne ye rasa itu...tringin nyer ada org bagi bunga sambil angin meniup sepoi2 bahasa...
cewah...xley blah la ayat cik Am...hehehe...
xde la...cuma nak ase je...sape ley bagi kat cik Am angkat tangan...
ok cik Am tunggu ni..haha


erm...ok la..lau da dapat bunga lak,ap yang kena wat lak ea...
1. adakah hendak menanam bunga tersebut di dalam pasu?
2. adakah nak membiarkan bunga tersebut layu dan berguguran...huhu..:(
3. adakah nak peluk cium bunga sampai da xtaw ap da rupa bunga tu
4. lain2 pertanyaan

ha...so ap kita perlu buat kawan2
yang perlu kita wat ialah petik satu kelopak bunga tu..
letak dalam photo album...n tulis kenangan dari pakwe no. berapa...hahaha
n then tarikh...
kan ley wat kenangan tu...
bunga yang len tu..korang letak la dalam bekas berisi air...
kalau layu n mati..kita ad kenangan juga..iaitu di dalam buku album td...

ha...renung2 kan dan selamat beramal..hahaha
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jom tgk surat seorang hamba Allah...

Salam..

ha,cik Am ada nak kongsi cerita menarik ni...ni adalah surat hamba Allah yang nak memberikan surat ini kepada bonda dan ayahanda tercinta...:D

sangat menarik hati cik Am...jom kita same2 baca....yang da baca sebelum ni,jom kita baca lagi..hehe

Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.
Puteramu,
Along

amacam?? jom nikah...haha..bajet je...
surat ini di ambil dari sini


so kalau nak tgk yang sebenarnya article tersebut di ambik,klik la yang kaler merah tu...hehe...

ok la..itu je nak share...k..daaaaaaaaaaaaaaa

suka??klik je