Assalamualaikum..
Sebagai Guru Pelatih,cik Am juga sedang bercuti sekarang ni namun bukanlah di panggil cuti sekolah tetapi cuti akhir semester. Berakhir sudah pengajian tahun Ke-2 semester empat. Tahun depan masuklah tahun Ke-3 cik Am berada di IPG dan bermulalah Praktikum bagi subjek Kemahiran Hidup. Terasa gugup pula hendak mengajar di sekolah selama sebulan ni. Al-maklum la sebelum ni hanya melawat dan melihat sahaja bagaimana guru mengajar,kali ini kita sendiri yang kena mengajar. fuh,menakutkan!
Ok,da habis membebel,cik Am nak berceritalah tentang Ekspo MAIK( Majlis Adat dan Istiadat Kelantan) yang di adakan di Istana Negeri,Kubang Kerian,Kelantan.
Ekspo ini diadakan bermula 1 Nov hingga 6 Dis. Apa yang menariknya kita dapat lihat info-info tentang sejarah MAIK sendiri, dapat melihat artifak-artifak dan replika rumah Rasulullah,replika Pedang pahlawan islam, pameran ini di dalam istana, nak masuk istana ni selipar tu kena masukkan dalam plastik yang diberi ye dan dilarang mengambil gambar di dalam istana. Di perkarangan Istana je boleh. :D
![]() |
| Tema Ekspo ini ialah "Seabad Mendaulatkan Islam" |
![]() |
| Tumpang posing jap ye Tuanku |
Di luar Istana juga ada menganjurkan pelbagai program mengikut tarikhnya antaranya pertandingan seni Khat yang berlangsung hari ini,tadi cik Am dapat la melihat pertandingan tu,tengok je la lau nak join tu tak dapat la,cik Am tak pandai nak tulis khat. Pada 26 Nov pula akan di adakan demonstrasi masakan oleh juara Masterchef pertama iaitu Dr.Ezani.
Yang paling menariknya Ekspo ini ialah kita dapat menjengah Istana itu sendiri,menjengah tu bukannya hendak curi ke apa tapi nak tengok la kot-kot boleh jadikan inspirasi ke,haha.Selain daripada pameran,info,replika , kita juga dapat melihat gerai-gerai jualan yang berada di perkarangan Istana. Al-Quran yang dijual pun cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Tadi pun banyak yang cik Am borong,penanda buku yang tulis nama kita dalam tulisan khat la,Cd Ustaz Azhar la dan makanan. Ha,kalau korang nak makan pun,ruang nak makan pun disediakan siap dengan sinki lagi. kemudahan lain seperti tandas,surau dan apa lagi ea?? tak ingat da.
![]() |
| ok la,patik pulang dulu ye Tuanku..:) |
Tapi tu la,tak jumpa pulak ngan Sultan tadi ye. hihi.. bagi korang-korang yang berada di area Kelantan,singgah la ke Ekspo MAIK di Istana Kubang Kerian,banyak info yang kita dapat dari situ. Ekspo ini mula jam 10 pagi hingga 5 petang.
p/s: gambar natural,tak edit ag..;)
ok,Wassalam.







