BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

teman sekerja cik Am

salam..

tadi throwback,ni memandang ke masa sekarang..
sekarang sekolah cik Am sibuk sikit,banyak program akhir tahun. exam pun nak dekat da,tapi tajuk tak habis ajar lagi..uhuk uhuk..harap budak-budak ni dapat la jawab exam nanti..

ni nak up sikit rakan sekerja cik Am warga SK Limbang

ni semua guru dan staff sk limbang @makanberadab murid asrama

lau kat skolah ni,dua2 izzat ni la yg paling rapat ngan cik Am..bestfrenz



ni geng vacation cik Am aritu,ke KK

okeylahhh...cik Am cau lu,pasni xtaw la bila pulak dapat update,busy je memanjang..
wassalammm



missing youuu...

salam..

lama sudah cik Am tak update blog kan? opss..bunyi cam bahasa limbang sudah,haha..maklum la sudah hampir setahun cik Am bekerja di sini. so far,di sini okey la,jauh dari kesibukan kota tapi tulah jauhh..membuatkan hati terusik mengimbau kenangan di batu pahat.

ya,berbeza sebenarnya semenanjung berbanding di sini. terutama dari segi makanan. Pasar malam pun xde disini,kalau ada pun,pasar malamnya macam gerai-gerai biasa sahaja tak smeriah pasar malam di batu pahat. tapi xpe,demi tugas ku gagahi jua(poyo pulak).

to my frenz,hampir setahun kita berpisah sejak keluar dari maktab..kalau sebut rindu ofcoz rindu. nak gathering pun time knduri kawen je,lau nak vacation mmg susah..masing-masing banyak komitmen. vacation aku ngan rakan sekerja je,diorang ni kaki jalan so okeyyy la..hehe..tapi xpe,one day aku nak gak hang out ngan my geng Aurora ni..

nak throwback la sikit...

mengimbau kenangan ke USS suatu masa dahulu..masa ni ringgit 2.3 je lagi

ratu bowling IPTHO

memandang jauh ke belakang..konvoipgm2015

trip to Langkawi..

okey..jumpa lagii..
wassalam

masuk ke alam dunia pekerjaan

salam..

diam tak diam,cik Am sudah pun melangkah ke fasa baru iaitu fasa pekerjaan yang penuh dengan onak dan duri. untuk makluman semua,cik Am telah pun posting di negeri bumi kenyalang,Sarawak. Pada awalnya rasa sangat down bila check posting ke Sarawak. tu lahhh degil sangat mintak negeri Kelantan. Memang ke sanalahh jawabnya. Namun,cik Am fikir positif sahaja.

Di Kuching,barula dapat tahu dapat sekolah mana. berdebar jugak,maklumlah sarawakkan luas. check punya check,check punya check...cik Am dapat di Limbang. SK limbang. Dalam fikiran,owh sekolah bandarlah kot,tapi jap jap,Limbang kat mane????? nampak tak naifnya cik Am dengan negeri Sarawak ni,bagus jugak dia hantar ke Sarawak ni. Di Kuching juga dia bagi kertas yang berkaitan dengan sarawak,peta,no.PPD dan banyak lagi.. cik Am pun tengok lah peta..


sekarang,try tengok,hahh..hujung sana?? Limbang dengan Kuching jauhh tuu...nasib baik tak hujung je..nasib cik Am la oii,kat maktab belajar sampai ke Johor,pun hujung jugak dalam peta,posting pun hujung juakkk la..:D

keesokkan pagi,berkumpul lah geng-geng yang dapat limbang juga,ramai juga la. cik Am ni trip kedua gi sana,yang trip pertama lagi ramai. Yang dapat satu sekolah cik Am pun dalam 4 orang cmtu,jadi rasa bersyukur jugak la,tak dela sorang-sorang sangat. Sampai-sampai je airport Limbang ,ada cikgu yang jemput kitorang terus bawak ke rumah sewa,memang tip top layanan mereka uruskan semua ni. Rasa terharu sangat maklumlah orang baru di limbang n Sarawak ni (tak pernah jejak sarawak). housemate cik Am terdiri daripada 2 orang doktor (baru posting jgk) ,dan 3 orang guru yang baru,seorang guru da setahun lebih posting (tapi dapat pindah semenanjung da..sob3)

Esoknya setelah rehat di rumah sewa yang baru,ada perjumpaan geng-geng perantau di limbang ni,jumpa la dengan cikgu lama. suai kenal dengan mereka ni. Rupanya kat Limbang ni ramai perantau semenanjung. lega lah sikit gundah di hati ni.

Hari Isnin cik Am berangkat ke Sekolah tumpang cikgu sekolah sama di taman yang sama (nampak tak lau Allah nak permudahkan :) ) . Bersambung nanti ya,..

suka??klik je