BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

fakta untuk peminat dan penggeli belut

Salam..


adakah anda peminat belut??
xkenal belut? meh sini cik Am tnjukkan,terbaik punya gambar,he3




kalau lihat je pada belut,apa yang pertama sekali anda fikir?
*aish,ular ke?
*euwww...sdap ke??


dan macam-macam lagi la kan.
belut merupakan sejenis ikan,yang juga dikenali sebagai ikan linang.
belut banyak memberi kesan yang baik dalam kesihatan kita,antaranya ialah...


1- ia dikatakan menjaga daya tahan tubuh kita,terutamanya pada saat musim panas.
2- belut juga mampu meningkatkan kolestrol baik dalam tubuh. 
3- mengurangkan tekanan darah,juga mengurangi risiko arthritis.
4- dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan penyakit kencing manis
5. bermanfaat untuk penglihatan
6- perkembangan fungsi saraf pusat
7- menormalkan tekanan darah di otak.


dan lain-lain lagi la,memang banyak kalau nak bercerita tentang khasiat belut,ada yang suka makan belut dan ada juga yang geli dengan belut,hihi
tapi yang penting belut membawa kita ke arah kesihatan yang baik.


oleh itu,banyakkan la makan belut,haha..
cik Am suka makan sup belut,nyum3...


sumber: panduanpercuma
ok la,itu je..daaaaaaaaaaaaa

jom main virtual villagers 2

Salam..


dalam hujan-hujan begini,sangat membosankan. betul x??
daripada kebosanan cik Am nak bercerita la sedikit tentang game ni,xtaw la korang pernah main ke x.


nama game ni virtual villagers 2. mula-mula cik Am tidak berminat pun nak main game tu sbb mmg cik Am xminat games,tapi bila start main game tu,cik Am jadi berminat plak,hihi....hari-hari mesti bukak game tu.




games ni sebenarnya ada banyak chapter atau siri. yang cik Am main ni game siri kedua. tapi menurut cik Am semuanya sama je la kot.
games ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang pada asalnya mereka tidak tahu apa-apa tentang pekerjaan. jadi anda ditugaskan untuk mengajar mereka tentang pekerjaan sehingga mereka menjadi master dalam kerjaya mereka..:)


anda juga tidak lupa untuk memastikan keperluan makanan penduduk mencukupi,hal ini kerana penduduk akan sakit dan seterusnya mati. unggun api juga penting untuk memastikan kesihatan penduduk. ha,yang menariknya,penduduk kampung juga boleh bertambah sekiranya anda mendekatkan penduduk wanita dengan lelaki tetapi jangan la yang dibawah umur,memang xdapat la baby..:)




games ini bukan sekadar mengajar penduduk tapi juga menyelesaikan puzzle dan mengumpul sesuatu yang menaikkan point kepada kampung tersebut.


ha,apa tunggu lagi cepat-cepat la main sekali..hihi..kepada yang pernah main tu,amacam??berjaya sampai ke akhir ke??,cik Am yang last2 ni xtaw nak wat cmne,bantu la cik Am..:D


ok la..itu je..daaaaaaaaaaaaaaaaaa

menggamit memori

Salam..


Negeri sembilan,macam pernah aku pergi dan menjejaki di situ,tapi bila ye??


sedang di fikir-fikir,keluarlah mentol di otak aku. yes,aku pernah,dulu aku student kolej matrikulasi negeri sembilan(walaupun dua minggu je keberadaanku,hihi).


haha,ok la,cik Am nak bercerita sikit. untuk makluman semua,cik Am cuti-cuti ni kesibukan melanda apabila kedua-dua kakak cik Am kawen. macam post sebelum ni,yang sorang kawen ngan orang selangor dan sorang lagi orang negeri sembilan.


yang kaklong sudah pun selesai majlis di selangor manakala yang akak kedua pulak baru je selesai mengantar di majlis sana. memang bizi.
dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki,cik Am melihat daerah kuala pilah yang sangat tersemat di minda. sangat merindui suasana itu.rindu kawan2 di sana,tetapi kebanyakannya sudah lost contact da,apa boleh buat,huhu..






walaupun hanya dua minggu di sana,tetapi kenangannya cukup indah untuk dikenang. buat pertama kalinya cik Am masuk ke alam belajar yang baru,berkenalan dengan member dari negeri lain. yela,sebelum ni cik Am tidak pernah tinggalkan kelantan dalam jangka masa yang lama dan itulah pertama kalinya cik Am tinggalkan negeri cik Am dan berkenalan dengan sahabat negeri lain yang baru. Di sana juga tempat cik Am temuduga untuk masuk maktab..argh,memang rasa lawak pun ada time tu.:D


biasa la,sahabat memang selamanya,yang hilang pasti kita akan bertemu kembali suatu masa nanti..:D


ok la..itu je..daaaaaaaaa
p/s: aku rasa aku suka kamu..tp juz suka je pun bkan ley bawak kmana,lau ad jdoh baru la ak xkmana2..haha 

tahniah my sisters

Salam..


terasa macam lama dah cik Am tak menaip ni,maklum la sibuk dengan majlis kahwin kakak2 cik Am.


semalam baru je balik dari klang,pergi mengantar kakak yang sulung cik Am ke rumah mertuanya,hihi..kesian dia kena tinggal,:)


hujung minggu ni pula p mengantar kakak yang kedua lak,kali ni up sikit dekat bahau,negeri sembilan.
ni la nasib korang kalau bercintan cintun ngan orang jauh,hihi


kepada kedua-dua kakak2,saya mengucapkan tahniah dan moga cepat2 menimang anak,xsabar nak ada anak sdara ni..:D



yang ni akak sulung cik Am,kawen ngan en.farid merangkap abg long cik Am,orang klang..:D

ha,yang ni lak,akak cik Am yang kedua. kawen dgn en.erman merangkap abg ngah,orang bahau..abg ngah ni pemalu la sikit..yang abg long lak xtaw malu sangat,hahaha


ok la..itu sahaja coretan hari ini..
daaaaaaaaaaaaaaaa

suka??klik je