BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

petua awet muda untuk muslimah

salam..


arini cik Am share sedikit petua bagi muslimah untuk awet muda..jom kita sama-sama amalkan..:)


Petua Muslimah Untuk Awet Muda 


  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

  • Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati  supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

  • Amalkan solat tahajud.

  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.

semoga berjaya,insyaAllah..
ok,daaaaaaaaa
sumber: kisah wanita

melangkah ke titian baru

salam..


sebelum tido,cik Am nak update la dulu blog yang da lama xbukak,fuuuu...tgk ada debu lagi.
semester 3 sudah berlalu,semester 4 dipersimpangan lagi,bila nak start enjin pun xtahu lagi.. korang yang baru masuk semester baru cam cik Am da start enjin da ke?


result da keluar,Alhamdulillah,ok la dari semester lalu..moga hari yang bakal menjelma sentiasa berlalu dengan baik. Sem ni last PBS lepas tu Praktikum dah,huhu..so SCARY..dah la cik Am ni pemalu sikit,harap-harap lah cik Am dapat hadapi semua cabaran mendatang dengan baik dan semuanya bergantung dengan keizinan Allah S.W.T.. Dengan keizinanNya cik Am masih bernafas lagi,dengan keizinanNya cik Am masih meneruskan kehidupan di semester baru..


sempena Ramadhan yang bakal tiba nanti,cik Am berharap dengan keizinanNya juga,cik Am dapat merasai nikmat bulan Ramadhan. semoga dalam bulan ini dapat menjauhkan kita dari melakukan perkara yang dilarang Allah S.W.T.


Puasa dulu dah habis ganti belom? kalau belom,cepat-cepat la ganti..hihi..jangan ingat perempuan je bab ganti mengganti ni,lelaki pun ada tau..yang laki tu pun sama jangan lupa nak mengganti jugak ler.


okey la sampai sini dulu la cerita tentang kita-kita..hihi..bubye..;)
assalamualaikum..

suka??klik je