salam..
rasanya sudah lama cik Am tidak mengupdate blog ni ye..
okey la,pertama sekali cik Am nak ucapkan selamat berpuasa ye kepada semua umat islam di bumi Allah ini..yang kedua,cik Am nak ucapkan selamat menyambut bulan syawal yang bakal tiba..
baju raya da siap ke belom??hihi..
hari ni,cik Am nak share la sikit pengalaman cik Am dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah yang terakhir sebab lepas ni bermulalah praktikum..huhu..
bila cik Am pergi ke sekolah balik untuk melaksanakan tugasan di sekolah,banyak perkara yang cik Am dapat iaitu tarikan murid-murid untuk mendengar kita cakap. kadang2 memang ada sesetengah murid yang nakal,namun sekiranya aktiviti yang cikgu buat itu menarik,secara automatiknya dia memberi tumpuan sepenuhnya.. kan bagus tu..hihi
"pertama kali aku rasa bagaikan seorang guru dalam melaksanakan tugasan kali ni.. sebab aku mengajar seorang,bagi arahan seorang..memang sukar pada mulanya,sebab murid2 ni macam-macam perangainya..
tapi best bila da abiz melaksanakan tugasan,rindu plak kat murid-murid. hurm..aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan bila murid tanya aku,
cikgu..arini kita belajar kat mana plak?
cikgu masuk kelas tak esok?
bila pulak cikgu mengajar kelas ni?
cikgu xnak masuk kelas saya ke?
yang paling aku tersentuh bila hari terakhir aku kat sekolah,dalam perjalanan nak ke kereta,ada seorg murid dtg kat aku..cikgu selamat hari raya sambil menghulurkan kad hari raya.. dalam tu ucapannya menyentuh hati aku..dulu aku tak minat pun nak jadi cikgu,namun lepas aku baca,ada semangat lain dtg utk aku teruskan perjuangan mendidik anak bangsa,insyaAllah... :) "
okay la..setakat itu sahaja lah perkongsian cik Am untuk awk2 semua..
k..daaaaaaaaa.. :')