BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Resepi inovasi : quinche extravaganza

Assalamualaikum..

Disini cik Am nak kongsi satu resepi yang diubahsuai sedikit iaitu quinche extravaganza..


Siapa yang nak salin resepi boleh la salin..
senang je..

Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan Kulit :
100 gm tepung gandum
60 gm marjerin
1 biji telur

Bahan Inti:
250gm daging kisar
5 batang sosej (dipotong)
½ tin cendawan butang (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 camb sos cili
1 camb sos tomato
2 camb serbuk oregano
1 camb serbuk basil
3 camb mayonis
Garam dan lada sulah
1 sudu minyak

Bahan Topping :

1 biji telur
40 ml susu segar
30 gm keju parut (cheddar)
2 camb tomato puri
1 camb mayonis




Cara Membuat :

1.    Untuk kulit :Campurkan tepung,marjerin,telur dan uli sebati hingga menjadi doh yang lembut.Rehatkan doh. Bentukkan doh menjadi kelongsong yang tipis ke dalam acuan.cucuk permukaan dasar dengan garfu.Bakar kosong selama 10 minit

 










2.    Untuk inti :Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta serbuk oregano dan serbuk basil.Kacau sehingga pekat Kemudian ,masukkan sos cili,sos tomato, dan lada sulah.Masukkan sosej,cendawan butang dan gaul sebati.  Setelah inti siap dimasak,letakkan inti ke dalam bekas dan gaulkan dengan mayonis.







3.    Untuk Topping :Pukul telur bersama susu segar. Kacau rata diikuti keju parut dan tomato puri .Tuang atas bahan inti.






4.    Untuk Quinche Extravaganza : Ambil inti tadi, isi dalam kulit quiche, ratakan. Berhati2 tuang topping berkeju tadi atasnya, ratakan. Tabur lebihan sosej,cendawan dan keju di atas topping. Sambung bakar lagi selama 15 - 25 minit hingga permukaan quiche perang keemasan dengan suhu 180°. Sejukkan sebelum dipotong, dan hidangkan bersama sos kegemaran. Sesuai untuk minum petang.




    sekarang,da siap!!..jom makan...nyum3..

suka??klik je