salam..
diam tak diam,cik Am sudah pun melangkah ke fasa baru iaitu fasa pekerjaan yang penuh dengan onak dan duri. untuk makluman semua,cik Am telah pun posting di negeri bumi kenyalang,Sarawak. Pada awalnya rasa sangat down bila check posting ke Sarawak. tu lahhh degil sangat mintak negeri Kelantan. Memang ke sanalahh jawabnya. Namun,cik Am fikir positif sahaja.
Di Kuching,barula dapat tahu dapat sekolah mana. berdebar jugak,maklumlah sarawakkan luas. check punya check,check punya check...cik Am dapat di Limbang. SK limbang. Dalam fikiran,owh sekolah bandarlah kot,tapi jap jap,Limbang kat mane????? nampak tak naifnya cik Am dengan negeri Sarawak ni,bagus jugak dia hantar ke Sarawak ni. Di Kuching juga dia bagi kertas yang berkaitan dengan sarawak,peta,no.PPD dan banyak lagi.. cik Am pun tengok lah peta..
sekarang,try tengok,hahh..hujung sana?? Limbang dengan Kuching jauhh tuu...nasib baik tak hujung je..nasib cik Am la oii,kat maktab belajar sampai ke Johor,pun hujung jugak dalam peta,posting pun hujung juakkk la..:D
keesokkan pagi,berkumpul lah geng-geng yang dapat limbang juga,ramai juga la. cik Am ni trip kedua gi sana,yang trip pertama lagi ramai. Yang dapat satu sekolah cik Am pun dalam 4 orang cmtu,jadi rasa bersyukur jugak la,tak dela sorang-sorang sangat. Sampai-sampai je airport Limbang ,ada cikgu yang jemput kitorang terus bawak ke rumah sewa,memang tip top layanan mereka uruskan semua ni. Rasa terharu sangat maklumlah orang baru di limbang n Sarawak ni (tak pernah jejak sarawak). housemate cik Am terdiri daripada 2 orang doktor (baru posting jgk) ,dan 3 orang guru yang baru,seorang guru da setahun lebih posting (tapi dapat pindah semenanjung da..sob3)
Esoknya setelah rehat di rumah sewa yang baru,ada perjumpaan geng-geng perantau di limbang ni,jumpa la dengan cikgu lama. suai kenal dengan mereka ni. Rupanya kat Limbang ni ramai perantau semenanjung. lega lah sikit gundah di hati ni.
Hari Isnin cik Am berangkat ke Sekolah tumpang cikgu sekolah sama di taman yang sama (nampak tak lau Allah nak permudahkan :) ) . Bersambung nanti ya,..