BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

dapat bunga?? bestnyerrr

Salam..

ok la..entri kali ni cik Am nak tanya ckit sape pernah ase perasaan mendapat bunga dari yang tersayang..hehe...
cmne ye rasa itu...tringin nyer ada org bagi bunga sambil angin meniup sepoi2 bahasa...
cewah...xley blah la ayat cik Am...hehehe...
xde la...cuma nak ase je...sape ley bagi kat cik Am angkat tangan...
ok cik Am tunggu ni..haha


erm...ok la..lau da dapat bunga lak,ap yang kena wat lak ea...
1. adakah hendak menanam bunga tersebut di dalam pasu?
2. adakah nak membiarkan bunga tersebut layu dan berguguran...huhu..:(
3. adakah nak peluk cium bunga sampai da xtaw ap da rupa bunga tu
4. lain2 pertanyaan

ha...so ap kita perlu buat kawan2
yang perlu kita wat ialah petik satu kelopak bunga tu..
letak dalam photo album...n tulis kenangan dari pakwe no. berapa...hahaha
n then tarikh...
kan ley wat kenangan tu...
bunga yang len tu..korang letak la dalam bekas berisi air...
kalau layu n mati..kita ad kenangan juga..iaitu di dalam buku album td...

ha...renung2 kan dan selamat beramal..hahaha
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jom tgk surat seorang hamba Allah...

Salam..

ha,cik Am ada nak kongsi cerita menarik ni...ni adalah surat hamba Allah yang nak memberikan surat ini kepada bonda dan ayahanda tercinta...:D

sangat menarik hati cik Am...jom kita same2 baca....yang da baca sebelum ni,jom kita baca lagi..hehe

Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.
Puteramu,
Along

amacam?? jom nikah...haha..bajet je...
surat ini di ambil dari sini


so kalau nak tgk yang sebenarnya article tersebut di ambik,klik la yang kaler merah tu...hehe...

ok la..itu je nak share...k..daaaaaaaaaaaaaaa

jom masuk 'U' untuk blogger..:D

Salam…

skunk ni untuk blogger pn ada "U" taw..jom semua kita join...
universiti blogger malaysia (UBM) ingin mengadakan minggu orientasi untuk para blogger yang menjadi siswazahnya...:D

so,ni bannernya...

kalau nak join klik banner ni ye...

nama saya: nurul amni izzati bt roslan @ cik Am
url blog : http://amniey91.blogspot.com/

"sejak bila berblog"
= sejak bulan jun 2010....:D

"pandangan mengenai dunia blog darsawarsa kini"
= pada pandangan cik Am,dunia blog skunk ni semakin meluas,bukan sahaja remaja tetapi turut meluas di kalangan ibu bapa,dewasa dan ada yang masih kanak-kanak mampu ada blog...dunia blog menjadi medium utama untuk perhubungan persahabatan alam siber yang akrab dan tulus.

"pandangan mengenai IPTM(institut pengajian tinggi malaysia) pertama ini"
= mula2 cik Am rasa pelik sebab ada jugak ye untuk blogger di alam maya ni..tapi cik Am berpendapat idea menubuhkan institut ini amat kreatif...dan sangat menyukainya....:D

ok..itu je...yang lain jom berdaftar...
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


tinggal 2 lagi..huhu

salam...

ok la..setelah sekian lama tidak mengupdate blog...
hari ni cik Am pn nak update la...hehe...
cik Am skunk musim asgnment,biasa la kehidupan bakal guru mmg mcm ni...last minute baru bz2 nak wat asgnment...
bak kata org nak rasa feel wat asgnment..haha
ngan xtdow nyer...baru feel...Banyak la...naik pening kepala cik Am
stayed up semata-mata wat asgnment..huhu...

skunk tinggal dua assignment lagi iaitu assignment english dgn laporan pasal b.i.g..yang malangnyer..autocad yang cik Am wat..cewah poyo je cik Am wat...autocad tu kena wat balik semula...sadis tol la...cmne ni..huhuhuhu...

ok cik Am relex...jgn kalut2...sempoi..:D
hadapi dengan senyuman...
kpd sape2 yang musim assignment cm cik Am...selamat maju jaya ye...
hahaha....

k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

assignment ooo assignment..:(

salam..

cik Am mintak maaf banyak2 coz jarang update blog ni..
cik Am bz ckit la...asgnmnt bukan main banyak lagi..
tension tol...
huhu...
bila la nak abiz assignmnt ni..huhu..:(

ad sape2 nak tlg wat x??
hehehe
sape nk tlg wat contact cikAm..t cik Am bgtaw ap kena wat..hahaha

ok la..itu je la dulu k...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

rak kasut "done"


Salam..

ni entri nk cite sal rak kasut cik Am...
ta daaaaaa....



da ciap....
ok x???
ok r kot...td cik Am nk cpt je wat...
huhu...asgnment utk rak kasut ni pn xciap ag...
nk kna gna Autocad la...aiyooo...
ad sape2 nk tlg wat x??
hehe


k r..mood asgnment skunk ni....:D
poyo lak...
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

selamat sudah ber"B.I.G"

Salam..


okla...cik Am mintak maaf sbb lambat pulak updatenya..
cik Am balik ari sabtu aritu...
sebab penat n bz,xdapat cik Am update...


ok..B.I.G aritu banyak memberi pengalaman baru dalam diri cik Am..
termasuk la pengalaman suka n duka...
:(
tapi xpe...actually sgt enjoy..bila ag ek ley wat kem cam ni..cik Am suka..
b.i.g ni sgt la tidak rushing,juz relex n steady...


ingatkan nak tunjuk gambar tp line tenet ni da agak biul maybe kena makan ubat sikit la tu...
erm..xpela..
melalui b.i.g ni cik Am dapat tgk satu kelas cik Am makin akrab disamping menjadi akrab antara kelas lain...
sampai ada sorang kwan cik Am ckp,baru dapat dengar suara cik Am..sblm ni takut je nak borak2...hehe..


erm..xpela...cma cik Am xberpeluang ag nak borak ngan blogger "cik srikandi cinta"...haha..tegur hai2 cmtu je la...:D
xpela..lain kali ley hai2 lagi..


cik Am pergi b.i.g ngan zR sekali...best la gak...kira cm pra"bulan madu"...hahaha...ada ke patut...:D
xdela...gurau-gurau je la...
pengalaman paling best ialah kembara...sbbnya...sangat..sangat..mencabar..seyes..gigil cik Am...
da la ujan tyme tu...takut...mendaki gunung Arong yang bagi cik Am agak tinggi la gak..myb cik Am first tyme mendaki kot..tp alhamdulillah xjtuh..selamat..:D


balik2 je smalam..tangan lenguh2..kaki cm nak tercabut...perut da makin slim...hehehe...
ok la ye..t lau cik Am da ley upload gambar,cik Am cite semua pengalaman k...


k..daaaaaaaaaaaaaa

suka??klik je