BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jika wanita...

salam...xtaw nak ckp pe arini...
jom kita renung2kan ayat di bawah ini..:D

Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.

Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

Fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah

Hanya kau yang tahu jawapannya….

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!




renung2kan dan selamat beramal...:D
k..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hepy teacher's day..:D

Salam...
ok la,asenya belom terlambat lagi cik Am mengucapkan hepy teacher's day kepada cikgu2,lecturer2 yang telah banyak mendidik cik Am sehingga bakal menjadi pendidik anak bangsa...cewah...
tak lupa jugak kepada rakan2 seperjuangan yang bakal menjadi generasi pendidik akan dtg ...
gud luck frenz...exam bakal menentukan kita...

hehe...
hari ni agak kepenatan dengan bisnes yang cik Am dan rakan2 usahakan...dan penat juga dengan jamuan RBT tadi...
sangat penat n banyak masalah yang timbul...

kpd pengirim dan penerima hadiah untuk hari guru,salam maaf dari kami sekiranya terdapat cacat cela dalam memberikan layanan yang terbaik untuk kalian...maaf juga sekiranya hadiah tidak memuas hati anda...huhu..
papepun...thanz support kitorang..:D

okay la...to my mama also...selamat hari guru mama...
semoga mama dapat mendidik anak bangsa seperti mama mendidik anak mama sendiri....jangan putus asa...:D

to my zR...
selamat hari guru juga yea...
thankz kad hari guru tadi...hehe..
suka...simple tetapi bermakna dalam kehidupan cik Am...

kepada pembaca blog cik Am...
hargai jasa guru anda...
kerana guru merupakan pekerjaan yang mulia...
jangan pandang hina terhadap profesion pendidik...
kerana bagi pendidik yang benar2 mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu merupakan pendidik yang sangat mulia...
mungkin terdapat beberapa org guru yang mencemar profesion ini tapi dalam sebiji buah durian yang rosak..tidak semuanya rosakkan?? terdapat juga yang elok dan dapat memberi haruman kepada kita...

ok...itu saja...
k..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

geram betolla dgn penyimbah asid ni...

salam semua kawan2 cik AM ...:)
arini nak ckp pasal asid man ni...xabiz buat masalah...
jom kita baca kat bawah ni..






SATU KEJADIAN CUBAAN MENYIMBAH ‘ASID’ TELAH BERLAKU DI JALAN DESA PANDAN, KUALA LUMPUR PADA JAM 2.00 PETANG TADI. SASPEK DIPERCAYAI MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5 WARNA HITAM .SUSPEK KELIHATAN SEDANG MEMEGANG BOTOL BERLABEL 100 PLUS MENGGUNAKAN TANGAN KIRI DAN DALAM KEADAAN HENDAK MEMBUKA PENUTUP BOTOL TERSEBUT.

SASPEK MEMAKAI PAKAIAN BAJU PUTIH BERKOLAR, BERSELUAR GELAP DAN BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 30-AN SERTA BERMISAI. SASPEK MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5, MEMAKAI TOPI KELEDAR HITAM BERVISOR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU. GAMBAR FOTOFIT SEPERTI DISERTAKAN.

ORANG RAMAI DIMINTA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI SERTA BOLEH MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS MELALUI HOTLINE POLIS KL (RAKAN COP) DI TALIAN 03-21159999 begin_of_the_skype_highlighting 03-21159999end_of_the_skype_highlighting ATAU SMS POLISKL KE 32728 DENGAN KADAR SEGERA SUPAYA TINDAKAN SUSULAN DAPAT DIAMBIL UNTUK MENGESAN SERTA MENANGKAP PENJENAYAH INI.

p/s: copy paste dan hebahkan. jangan sampai keluarga anda atau anda yang seterusnya..



jgn lupa sebarkan taw..:)
ok...daaaaaaaaaaaaaaaaa

kehidupan bakal guru episode akhir-EXAM

Salam...

wa,da lame xupdate blog ni..da episode akhir da rupanya...
episod akhir untuk sem ni la..hihi..
kehidupan bakal guru semua akan berakhir dengan exam la...hihi...lau gagal exam maka tiada lagi nama bakal guru..huk..huk..:(
so,doakan la cik Am dapat meneruskan kerjaya mama n papa cik Am ni..ok? :D
ingat nak update smalam tapi asyik2 "blogger belum tersedia lagi"...
cik Am pn xtaw...tapi xpela...sbar je la...

ok,minggu akhir2 ni minggu exam...
minggu yang sangat pecah otak..
nak taw nape??
ok sbbnya semua exam jenis kena hafal n banyak fakta,xley nak auta..haha

bawah ni tips2 nak exam la...xtaw la ada kaitan x..haha
tgk la apa cik kak n cik abg nak ckp kat bawah ni ea..:D


da tgok??
ok la...dalam exam jugak jangan meniru...
tapi kdg2 cik Am tak tiru taw...
cuma bertanya je...si A tu jawab ap...nak bandingkan je..hehehe
ok x lau cm tu...hihi..:D




to all my frenz yang nak exam tu...
gud luck semua..
doalah cik Am ni dapat jawab exam dengan baik... 





ok...itu je..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..:D

selamat hari ibu....:D

Salam…

ok,dalam blog ni,cik Am lambat untuk wish "selamat hari ibu" kepada mereka2 yang sudah bergelar ibu...
tak lupa juga kepada mama Cik Am...
selamat hari ibu, mama...
terima kasih kerana banyak layan karenah kakak ni...hihi...



i will be a teacher bcoz of u....
kakak harap mama hepi kakak jadi penyambung kerjaya mama...
hehe...

ok la...kpd my follower...
mama cik Am pn ada blog jugak taw...
blog yang sgt mnyentuh hati kalau baca...
ni blog mama...


ok.klik la header tu..lau nak follow pn boleh...
dgn ini cik Am ingin mnyanyikan sebuah lagu...
(alamak,cik Am nak nyanyi pulakkk...:) )

mama...ooo...mama...
aku ingin pulang,,..
da lame aku xpulang...
uarggghhhhhhhhhhhhhhhhh....T_T

ok..sekian terima kasih...hahahahah
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

attention!! kpd yang keliru nak sambung belajar kat mana..:D

Salam…

ok,untuk entri kali ni,cik Am nak ucap tahniah kpd adik2 yang berjaya masuk ke ipta,matriks,form 6 dan juga ipg cm cik Am ni... tahniah semua...
semoga korang memilih laluan yang betul ye...
jangan pulak separuh jalan je pastu give up..
teruskan usaha...
kalau nak cari yang senang mmg dalam dunia ni xde yang senang...
kan..kan...kan??

menurut firasat cik Am..cewah..siap ad firasat lagi...
bagi yang keliru tu nak pilih mana satu nak pergi tu..
ada beberapa jalan untuk tidak jadi keliru...
ada yang nak taw??

ok..
1) korang tengok la dulu jurusan yang korang dapat tu pasal ap..kang xpasal2 korang ase menyesal lak nanti bila da masuk..:D

2) tgk peluang pekerjaan bagi jurusan yang korang dapat...kena pk gak taw..jgn main pilih je pastu menganggur kat umah..

3) korang yakin ker ley skor tu...lau small the matter,maknanya ok la tu..kdg2 ada stgh org,bila sambung belajar dy lagi pandai dr orang yang dpt 10 A tu...walaupun result spm dy dulu truk...haha

4) ok la,lau korang da xde choice lain nak pilih,korang tanam la sikit2 minat tu..nanti minat la...cam cik Am ni..dulu xminat pn nak jadi cikgu..skunk lebih2 lak smngatnya nak didik anak bangsa..hahaa

5) bagi yang ambik matriks ngan asasi tu..sblm nak buat keputusan,korang tgk lu cmne..kdg2 ipta yang ada asasi ni pilih dak asasi dy je masuk dalam U dy...dak matriks kemudian baru dy pilih...tapi tgk pointer la ye...hehe...

6) korang tgk lu tmpat belajar tu strategik ke x..hahaha...dekat dgn mall ke x...lau matriks smuanya kwasan luar bandar..lagi2 matriks negeri sembilan tu..lau bandar kuala pilah dy mmg kecik..lau nak p seremban agak jauh sikit...dalam 45 minit kot...da lupe da..hahaha...:D
tapi semua tu xpenting pn...yang penting smngat nak belajar la taw..


ok la..da abiz da cik Am merapu..korang buat keputusan sebaik mungkin taw...lau korang nak tambah lagi banyak pengalaman,korang ikut cara cik Am,iaitu pergi je semua yang ditawarkan tu...bagus x cik Am...
cik Am xsia-siakan peluang yang ada..hahaha...mula2 cik Am p matriks kuala pilah tu,pastu universiti Malaya n last sekali baru masuk Ipg...
haha...banyak pengalaman wooo....

ok la...itu je...renung2kan dan selamat beramal..:D
k..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


kisah "kapel islamik"

Salam…
da lame cik Am xupdate blog..maklum la bizi nak exam...
esk pn exam lagi...huhu...tapi satu pun tak baca lagi...
ok la...setelah lame menyepi..cik Am nak kongsi kisah ni...


kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



ha...kisah ni ada unsur lawaknya di situ...tapi ada nasihat jugak di situ...

aish..cik Am letak kisah ni..cik Am xsedar diri ke...hehe...
mst ramai yang cakap camtukan..
xdela...setiap manusia tak semuanya sempurnakan..begitu la juga cik Am..kisah tu hanya sekadar berkongsi sahaja...tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang meninggal dunia..hehe...:D
so,ini berdasarkan apa yang kawan2 semua fikir k... cik Am ase kisah mereka ni menarik..haha...

credit to: ain safiyyah

ok...itu je...daaaaaaaaaaaaaaaaa

suka??klik je