salam..
da lama cik Am tak updatekan?
diam tak diam sekarang cik Am da semester 6 da..yessss..ada lagi dua semester lagi nak bergelar graduan pendidik..hihi..tapi posting ke tak masih dalam perbicaraan lagi,harap-harap posting cepat la lepas grad nanti berbaloi la dengan usaha yang semua guru pelatih keluaran IPG ni..tak delah menganggur je..
kalau kena menganggur jugak,kerja apa ye yang sesuai??
kerja katering?
- maklumlah kan cik Am kan ambik subjek Kemahiran Hidup mestilah sesuai dgn masak-memasak..hihi..tapi tulahh kerja katering ni penat.
buat kek?
ambik kelas buat kek pastu ambik tempahan buat kek,hihi
jual online?
yang ni kerja rilek,boleh la sambil-sambil online tu kita goyang-goyang kaki,hihi.. tapi kalau tak pandai promote susah gak..
kerja cikgu ganti?
- ada jugak senior2 cadangkan lepas abis belajar terus apply guru ganti,walaupun gaji sikit tapi ok lah,tak de la jadi penanam anggur terhormat. Ok gak cadangan tu kan..:)
tapi apa-apa pun rezeki tu datangnya dari Allah..ikut lah kekosongan yang ada dan bukan lah hanya berharap serta berserah,kita perlu berusaha hingga menjadi insan yang berguna. Memang rugi kalau ambik jurusan pendidikan tp tidak menjadi guru,namun sebelum menjadi guru kita perlu pupuk naluri hati kita seperti seorang guru yang berakhlak mulia..:)
semester 6
Dicatat oleh amniey91 di 12:56 PG 0 kupu-kupu
Putera Raiyan ,buah hatiku
Assalamualaikum..
rasanya da lama jugak la cik Am kaku dalam menulis blog ni. Al-maklum la tgh sibuk,yelah semester ini pula cik Am memikul tanggungjawab sbagai penolong ketua opsyen,tugas dia macam penolong kelas jugak la tapi up sikit kena ambik kedatangan rakan-rakan sekelas,meringankan beban ketua opsyen dan lain-lain yang berkaitan.
untuk makluman pembaca-pembaca juga,cik Am da ada anak buah sulong iaitu Muhammad Raiyan Azhad bin Herman.. si kecil yang menawan hati kami sekeluarga. Rindu sangat dengan suara tangisannya yang chumelll. Jom layan gambar...
Bila la kita dapat jumpa lagi ye raiyan. Baru minggu lepas hantar raiyan dan my sis balik ke kampung mertuanya di Bahau,N9 tapi terasa macam da berbulan da tak jumpa.. "rindunya cik teh kat raiyan".
okehlah..lain kali cik Am post lagi..daaa semua..
Dicatat oleh amniey91 di 9:33 PTG 0 kupu-kupu
jom bercoklat
Assalamualaikum..
selamat bercuti ye semua,bagi yang bekerja selamat bekerja dengan baik..insyaAllah..
arini cik Am nak share something dengan anda semua,iaitu homemade coklat hasil tangan cik Am sendiri. Sebelum ni cik Am pernah try nak buat tapi tak berapa nak menjadi. hari ni alhamdulillah menjadi walaupun rupanya sedikit kurang lawa. :D
coklat homemade cik Am yang ingin diperkenalkan ialah Am's orea coklat. ha,siap ada title nama sendiri tu,jangan jeles. haha..
okey,ni rupanya
![]() |
| amacam? boleh diterima? |
haha,tu pertama kali cik Am try buat.
yang kedua ni coklat biasa la,tapi still nak letak nama juga iaitu roseslove'Am coklat. Bukan main lagi roses tapi belakangnya coklat plak,guna bahasa rojak pulak,harap maaf la ye. :D
rupanya pula,jeng..jeng..jeng
![]() |
| ni kali kedua buat,tapi errrr |
sebenarnya cik Am ni budak baru belajar. Oleh itu,rupa macam tu boleh diterima la kan? hihi.. rasanya okey la sebab cuma cairkan coklat je tak tambah apa-apa bahan pun. Kalau ada cadangan nak sedapkan coklat ni macam mana bagitau la ye,nanti cik Am cuba.
okey la,cik Am nak try coklat tahap kedua pulak. Ha,jangan ingat nak buat coklat ni tak de tahap ye. ada tahapnya tau. Agak-agak korang tahap berapa dalam ilmu coklat ni?
k,wassalam.
Dicatat oleh amniey91 di 1:51 PG 1 kupu-kupu
ekspo MAIK 2012 @istana Kubang Kerian
Assalamualaikum..
Sebagai Guru Pelatih,cik Am juga sedang bercuti sekarang ni namun bukanlah di panggil cuti sekolah tetapi cuti akhir semester. Berakhir sudah pengajian tahun Ke-2 semester empat. Tahun depan masuklah tahun Ke-3 cik Am berada di IPG dan bermulalah Praktikum bagi subjek Kemahiran Hidup. Terasa gugup pula hendak mengajar di sekolah selama sebulan ni. Al-maklum la sebelum ni hanya melawat dan melihat sahaja bagaimana guru mengajar,kali ini kita sendiri yang kena mengajar. fuh,menakutkan!
Ok,da habis membebel,cik Am nak berceritalah tentang Ekspo MAIK( Majlis Adat dan Istiadat Kelantan) yang di adakan di Istana Negeri,Kubang Kerian,Kelantan.
Ekspo ini diadakan bermula 1 Nov hingga 6 Dis. Apa yang menariknya kita dapat lihat info-info tentang sejarah MAIK sendiri, dapat melihat artifak-artifak dan replika rumah Rasulullah,replika Pedang pahlawan islam, pameran ini di dalam istana, nak masuk istana ni selipar tu kena masukkan dalam plastik yang diberi ye dan dilarang mengambil gambar di dalam istana. Di perkarangan Istana je boleh. :D
![]() |
| Tema Ekspo ini ialah "Seabad Mendaulatkan Islam" |
![]() |
| Tumpang posing jap ye Tuanku |
Di luar Istana juga ada menganjurkan pelbagai program mengikut tarikhnya antaranya pertandingan seni Khat yang berlangsung hari ini,tadi cik Am dapat la melihat pertandingan tu,tengok je la lau nak join tu tak dapat la,cik Am tak pandai nak tulis khat. Pada 26 Nov pula akan di adakan demonstrasi masakan oleh juara Masterchef pertama iaitu Dr.Ezani.
Yang paling menariknya Ekspo ini ialah kita dapat menjengah Istana itu sendiri,menjengah tu bukannya hendak curi ke apa tapi nak tengok la kot-kot boleh jadikan inspirasi ke,haha.Selain daripada pameran,info,replika , kita juga dapat melihat gerai-gerai jualan yang berada di perkarangan Istana. Al-Quran yang dijual pun cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Tadi pun banyak yang cik Am borong,penanda buku yang tulis nama kita dalam tulisan khat la,Cd Ustaz Azhar la dan makanan. Ha,kalau korang nak makan pun,ruang nak makan pun disediakan siap dengan sinki lagi. kemudahan lain seperti tandas,surau dan apa lagi ea?? tak ingat da.
![]() |
| ok la,patik pulang dulu ye Tuanku..:) |
Tapi tu la,tak jumpa pulak ngan Sultan tadi ye. hihi.. bagi korang-korang yang berada di area Kelantan,singgah la ke Ekspo MAIK di Istana Kubang Kerian,banyak info yang kita dapat dari situ. Ekspo ini mula jam 10 pagi hingga 5 petang.
p/s: gambar natural,tak edit ag..;)
ok,Wassalam.
Dicatat oleh amniey91 di 1:55 PG 0 kupu-kupu
bila murid bagi kad raya :')
salam..
rasanya sudah lama cik Am tidak mengupdate blog ni ye..
okey la,pertama sekali cik Am nak ucapkan selamat berpuasa ye kepada semua umat islam di bumi Allah ini..yang kedua,cik Am nak ucapkan selamat menyambut bulan syawal yang bakal tiba..
baju raya da siap ke belom??hihi..
hari ni,cik Am nak share la sikit pengalaman cik Am dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah yang terakhir sebab lepas ni bermulalah praktikum..huhu..
bila cik Am pergi ke sekolah balik untuk melaksanakan tugasan di sekolah,banyak perkara yang cik Am dapat iaitu tarikan murid-murid untuk mendengar kita cakap. kadang2 memang ada sesetengah murid yang nakal,namun sekiranya aktiviti yang cikgu buat itu menarik,secara automatiknya dia memberi tumpuan sepenuhnya.. kan bagus tu..hihi
"pertama kali aku rasa bagaikan seorang guru dalam melaksanakan tugasan kali ni.. sebab aku mengajar seorang,bagi arahan seorang..memang sukar pada mulanya,sebab murid2 ni macam-macam perangainya..
tapi best bila da abiz melaksanakan tugasan,rindu plak kat murid-murid. hurm..aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan bila murid tanya aku,
cikgu..arini kita belajar kat mana plak?
cikgu masuk kelas tak esok?
bila pulak cikgu mengajar kelas ni?
cikgu xnak masuk kelas saya ke?
yang paling aku tersentuh bila hari terakhir aku kat sekolah,dalam perjalanan nak ke kereta,ada seorg murid dtg kat aku..cikgu selamat hari raya sambil menghulurkan kad hari raya.. dalam tu ucapannya menyentuh hati aku..dulu aku tak minat pun nak jadi cikgu,namun lepas aku baca,ada semangat lain dtg utk aku teruskan perjuangan mendidik anak bangsa,insyaAllah... :) "
okay la..setakat itu sahaja lah perkongsian cik Am untuk awk2 semua..
k..daaaaaaaaa.. :')
Dicatat oleh amniey91 di 2:48 PG 0 kupu-kupu
duit..money...life
salam..
dengan suka citanya ingin memberitahu,elaun sudah masuk..
yeay...rasa bahagianya...macam-macam da terfikir nak beli..
tapi setelah fikir-fikir,sikitnya duit,cm taj cukup je,yela,manusia mana pernah cukup..:)
sapa-sapa nak belanja cik Am,mai la batu pahat..support cik Am sikit..hihi...
tadi cik Am keluar berdatingan dengan "tut".. pergi pc expo..bukan main banyak lagi cik Am borong..
hari ni duit keluar macam air...tapi tak pela,gunakan la rezeki yang diterima tu..asalkan tak menyeksakan diri nanti..tol x??
tapi dalam kegembiraan tu cik Am rasa sedih la jugak,ntah la kenapa...maybe cik Am rasa keseorangan kot..baru cik Am sedar yang cik Am ni sorg2,xde teman upenya stelah jalan-jalan ngan "tut" td tu..:)
past is the past..tak nak fikir da,nak teruskan hidup..chaiyokk...
ok la..itu je..
p/s: dalam kegembiraan,ada kesedihan,dalam kedukaan ada ketabahan,dalam ketabahan ada senyuman..
Dicatat oleh amniey91 di 2:37 PG 0 kupu-kupu














