Assalamualaikum..
Disini cik Am nak kongsi satu resepi yang diubahsuai sedikit iaitu quinche extravaganza..
Siapa yang nak salin resepi boleh la salin..
senang je..
Bahan-Bahan yang diperlukan:


Assalamualaikum..
Disini cik Am nak kongsi satu resepi yang diubahsuai sedikit iaitu quinche extravaganza..


Dicatat oleh amniey91 di 11:58 PTG 0 kupu-kupu
salam..
da lama cik Am tak updatekan?
diam tak diam sekarang cik Am da semester 6 da..yessss..ada lagi dua semester lagi nak bergelar graduan pendidik..hihi..tapi posting ke tak masih dalam perbicaraan lagi,harap-harap posting cepat la lepas grad nanti berbaloi la dengan usaha yang semua guru pelatih keluaran IPG ni..tak delah menganggur je..
kalau kena menganggur jugak,kerja apa ye yang sesuai??
kerja katering?
- maklumlah kan cik Am kan ambik subjek Kemahiran Hidup mestilah sesuai dgn masak-memasak..hihi..tapi tulahh kerja katering ni penat.
buat kek?
ambik kelas buat kek pastu ambik tempahan buat kek,hihi
jual online?
yang ni kerja rilek,boleh la sambil-sambil online tu kita goyang-goyang kaki,hihi.. tapi kalau tak pandai promote susah gak..
kerja cikgu ganti?
- ada jugak senior2 cadangkan lepas abis belajar terus apply guru ganti,walaupun gaji sikit tapi ok lah,tak de la jadi penanam anggur terhormat. Ok gak cadangan tu kan..:)
tapi apa-apa pun rezeki tu datangnya dari Allah..ikut lah kekosongan yang ada dan bukan lah hanya berharap serta berserah,kita perlu berusaha hingga menjadi insan yang berguna. Memang rugi kalau ambik jurusan pendidikan tp tidak menjadi guru,namun sebelum menjadi guru kita perlu pupuk naluri hati kita seperti seorang guru yang berakhlak mulia..:)
Dicatat oleh amniey91 di 12:56 PG 0 kupu-kupu
Assalamualaikum..
rasanya da lama jugak la cik Am kaku dalam menulis blog ni. Al-maklum la tgh sibuk,yelah semester ini pula cik Am memikul tanggungjawab sbagai penolong ketua opsyen,tugas dia macam penolong kelas jugak la tapi up sikit kena ambik kedatangan rakan-rakan sekelas,meringankan beban ketua opsyen dan lain-lain yang berkaitan.
untuk makluman pembaca-pembaca juga,cik Am da ada anak buah sulong iaitu Muhammad Raiyan Azhad bin Herman.. si kecil yang menawan hati kami sekeluarga. Rindu sangat dengan suara tangisannya yang chumelll. Jom layan gambar...
Dicatat oleh amniey91 di 9:33 PTG 0 kupu-kupu
Assalamualaikum..
selamat bercuti ye semua,bagi yang bekerja selamat bekerja dengan baik..insyaAllah..
arini cik Am nak share something dengan anda semua,iaitu homemade coklat hasil tangan cik Am sendiri. Sebelum ni cik Am pernah try nak buat tapi tak berapa nak menjadi. hari ni alhamdulillah menjadi walaupun rupanya sedikit kurang lawa. :D
coklat homemade cik Am yang ingin diperkenalkan ialah Am's orea coklat. ha,siap ada title nama sendiri tu,jangan jeles. haha..
okey,ni rupanya
![]() |
| amacam? boleh diterima? |
![]() |
| ni kali kedua buat,tapi errrr |
Dicatat oleh amniey91 di 1:51 PG 1 kupu-kupu
Assalamualaikum..
Sebagai Guru Pelatih,cik Am juga sedang bercuti sekarang ni namun bukanlah di panggil cuti sekolah tetapi cuti akhir semester. Berakhir sudah pengajian tahun Ke-2 semester empat. Tahun depan masuklah tahun Ke-3 cik Am berada di IPG dan bermulalah Praktikum bagi subjek Kemahiran Hidup. Terasa gugup pula hendak mengajar di sekolah selama sebulan ni. Al-maklum la sebelum ni hanya melawat dan melihat sahaja bagaimana guru mengajar,kali ini kita sendiri yang kena mengajar. fuh,menakutkan!
Ok,da habis membebel,cik Am nak berceritalah tentang Ekspo MAIK( Majlis Adat dan Istiadat Kelantan) yang di adakan di Istana Negeri,Kubang Kerian,Kelantan.
![]() |
| Tema Ekspo ini ialah "Seabad Mendaulatkan Islam" |
![]() |
| Tumpang posing jap ye Tuanku |
![]() |
| ok la,patik pulang dulu ye Tuanku..:) |
Dicatat oleh amniey91 di 1:55 PG 0 kupu-kupu
salam..
rasanya sudah lama cik Am tidak mengupdate blog ni ye..
okey la,pertama sekali cik Am nak ucapkan selamat berpuasa ye kepada semua umat islam di bumi Allah ini..yang kedua,cik Am nak ucapkan selamat menyambut bulan syawal yang bakal tiba..
baju raya da siap ke belom??hihi..
hari ni,cik Am nak share la sikit pengalaman cik Am dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah yang terakhir sebab lepas ni bermulalah praktikum..huhu..
bila cik Am pergi ke sekolah balik untuk melaksanakan tugasan di sekolah,banyak perkara yang cik Am dapat iaitu tarikan murid-murid untuk mendengar kita cakap. kadang2 memang ada sesetengah murid yang nakal,namun sekiranya aktiviti yang cikgu buat itu menarik,secara automatiknya dia memberi tumpuan sepenuhnya.. kan bagus tu..hihi
"pertama kali aku rasa bagaikan seorang guru dalam melaksanakan tugasan kali ni.. sebab aku mengajar seorang,bagi arahan seorang..memang sukar pada mulanya,sebab murid2 ni macam-macam perangainya..
tapi best bila da abiz melaksanakan tugasan,rindu plak kat murid-murid. hurm..aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan bila murid tanya aku,
cikgu..arini kita belajar kat mana plak?
cikgu masuk kelas tak esok?
bila pulak cikgu mengajar kelas ni?
cikgu xnak masuk kelas saya ke?
yang paling aku tersentuh bila hari terakhir aku kat sekolah,dalam perjalanan nak ke kereta,ada seorg murid dtg kat aku..cikgu selamat hari raya sambil menghulurkan kad hari raya.. dalam tu ucapannya menyentuh hati aku..dulu aku tak minat pun nak jadi cikgu,namun lepas aku baca,ada semangat lain dtg utk aku teruskan perjuangan mendidik anak bangsa,insyaAllah... :) "
Dicatat oleh amniey91 di 2:48 PG 0 kupu-kupu