BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

risiko jangkitan kepada pembela hamster..


salam...:)
kepada pembela hamster take note,huhu..( semalam baru je main-main dengan menatang ni)

.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kini sedang menjalankan kajian kaitan pemeliharaan hamster dengan risiko jangkitan Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, jabatan itu sudah diminta membuat kajian bagi mengesahkan sama ada pemeliharaan hamster boleh menyebabkan jangkitan penyakit tersebut.

Menurutnya, Leptospirosis adalah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) disebabkan oleh bakteria daripada genus Leprospira interrogans.

“Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah dicemari dengan dengan air kencing haiwan jenis mamalia berjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi dan kuda.

“Kebanyakan haiwan mamalia termasuk haiwan pemeliharaan seperti hamster berpotensi dijangkiti dan tempoh masa inkubasi iaitu tempoh masa daripada terdedah sehingga timbul gejala antara dua hingga 10 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kompleks Rawatan Harian.

Menurutnya, jabatan kesihatan juga sedang menyiasat kesahihan maklumat mengenai seorang pemelihara haiwan mamalia itu yang terpaksa dipotong tangan dan kakinya bagi menentukan punca sebenar penyakit.

Katanya, antara gejala jangkitan penyakit ini adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, penyakit kuning, radang mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam.

A Rahman juga meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan dan kawalan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Menurutnya, memandangkan cara jangkitan utama Leptospirosis melalui kulit atau selaput membran, orang ramai mestilah berhati-hati sekiranya ada luka, calar pada kulit, kudis dan sebagainya ketika mengendalikan haiwan peliharaan.

“Bagi yang mempunyai risiko terdedah kepada air tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian sempurna atau berpakaian kalis air. Elakkan bermain air atau mandi-manda di sungai atau kolam jika luka di kulit.

“Jika masih juga terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster kalis air,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi air terjun, sungai, tasik dan kolam

sekarang ni ramai yang meninggal dunia disebabkan binatang-binatang sejenis ini,jadi,kita hendaklah sentiasa berhati-hati..:)
ok,daaaaaaaaaaaa

hepi belated bevday to mama

salam..


eh2,da masuk bulan dua da ek?
cik Am xperasan la pulak,blog cik Am tersadai,xde update2..hihi


ok la,seperti biasa cik Am "bizi" sikit.
maklum la,da tahun kedua degree kan.hihi..
ok la,jadual cik Am skunk ni xde la senang lenang sangat dan xde la juga bizi sangat cuma ada satu dua esaimen yang perlu dihantar minggu ni..
yang paling menyedihkan pula,cik Am ni xbuat langsung lagi..uargh...apa mau buat?
wat dono je la kan.


owh ya,aritu bevday mama cik Am,.
so,hepi bevday mama..
moga2 sentiasa sihat selalu..
anyway,awak-awak semua,skali skala tu melawat la blog mama saya..hihi...
support sikit..(mcam paksa la gayanya..haha)


cari mana satu mama cik Am..hahaha...
kalau nak ke blog mama cik Am klik la SINI


ok la..itu je la nak update kali ni..
k..daaaaaaa

KITE tu wau ke??

salam..


setelah sekian lama tidak mengisi ruangan di blog ini,hari ini cik Am usahakan untuk menaip entri dengan bersungguh-sungguh,hihi...


ok,tahukah anda apa itu KITE?? ye bukan wau jawapan yang cik Am nak,:)
KITE ialah satu program yang dianjurkan oleh negeri kelantan,nama penuhnya Kelantan International Islamic Creative industry trade exhibition..


tadi cik Am telah mengunjungi pameran itu,boleh la dikatakan pameran dan ada juga aktiviti lain seperti mewarna seramik,batik dan sebagainya,kata kreatif,kena la jadi kreatif jap..:D






termasuklah aktiviti pembahagian ang pow..haha..
ni adik cik Am,bahagia je kan dapat ang Pow,sepatutnya ang pow ni untuk umo 7 thun hingga 12 thun je,adik cik am ni 13 tahun,haha,mentang-mentang badan kecik suka hati menyamar ye,:D


agak menarik juga program yang dianjurkan ini dapat menarik ramai anak muda menceburi bidang yang kreatif,geram je cik Am nak join gak aktiviti lepasan SPM tu,tapi apakan daya,nama lagi lepasan SPM,xdapat la nak join..


ha,sepatutnya malam ni ada "ladies night" berdekatan tempat KITE tadi,tapi xdapat nak pergi,huhu
dengar cerita ada pertunjukan fesyen muslimah,tapi awas hanya untuk wanita sahaja,lelaki tidak dibenarkan..hihi..agak-agak best x ladies night tu ye?? ada sape-sape yang pergi x??


ok la,itu je..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Alhamdulillah da semester ketiga

Salam..


wah,da lama tak menulis ni..hihi
untuk makluman semua,cik Am da sampai maktab da dan da start belaja da. 


semester ni jadual tidak la padat macam semester lepas,tapi penatnya boleh la tahan,tgk jadual pun da penat,belum masuk kelas lagi.


dengan ada kawadnya,pj ny,jahit menjahit nya,teori2 pe semua..adoi,moga dapat la cik Am hadapi dengan jayanya.
dan result cik Am pn da dapat,Alhamdulillah,semua ok je,semua result terbaek..semoga terus meningkat la pointer tu kan. bersyukur sgt2.


erm..tu je la nak post di petang yang damai ini.:D
daaaaaaaaaaaa

fakta untuk peminat dan penggeli belut

Salam..


adakah anda peminat belut??
xkenal belut? meh sini cik Am tnjukkan,terbaik punya gambar,he3




kalau lihat je pada belut,apa yang pertama sekali anda fikir?
*aish,ular ke?
*euwww...sdap ke??


dan macam-macam lagi la kan.
belut merupakan sejenis ikan,yang juga dikenali sebagai ikan linang.
belut banyak memberi kesan yang baik dalam kesihatan kita,antaranya ialah...


1- ia dikatakan menjaga daya tahan tubuh kita,terutamanya pada saat musim panas.
2- belut juga mampu meningkatkan kolestrol baik dalam tubuh. 
3- mengurangkan tekanan darah,juga mengurangi risiko arthritis.
4- dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan penyakit kencing manis
5. bermanfaat untuk penglihatan
6- perkembangan fungsi saraf pusat
7- menormalkan tekanan darah di otak.


dan lain-lain lagi la,memang banyak kalau nak bercerita tentang khasiat belut,ada yang suka makan belut dan ada juga yang geli dengan belut,hihi
tapi yang penting belut membawa kita ke arah kesihatan yang baik.


oleh itu,banyakkan la makan belut,haha..
cik Am suka makan sup belut,nyum3...


sumber: panduanpercuma
ok la,itu je..daaaaaaaaaaaaa

jom main virtual villagers 2

Salam..


dalam hujan-hujan begini,sangat membosankan. betul x??
daripada kebosanan cik Am nak bercerita la sedikit tentang game ni,xtaw la korang pernah main ke x.


nama game ni virtual villagers 2. mula-mula cik Am tidak berminat pun nak main game tu sbb mmg cik Am xminat games,tapi bila start main game tu,cik Am jadi berminat plak,hihi....hari-hari mesti bukak game tu.




games ni sebenarnya ada banyak chapter atau siri. yang cik Am main ni game siri kedua. tapi menurut cik Am semuanya sama je la kot.
games ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang pada asalnya mereka tidak tahu apa-apa tentang pekerjaan. jadi anda ditugaskan untuk mengajar mereka tentang pekerjaan sehingga mereka menjadi master dalam kerjaya mereka..:)


anda juga tidak lupa untuk memastikan keperluan makanan penduduk mencukupi,hal ini kerana penduduk akan sakit dan seterusnya mati. unggun api juga penting untuk memastikan kesihatan penduduk. ha,yang menariknya,penduduk kampung juga boleh bertambah sekiranya anda mendekatkan penduduk wanita dengan lelaki tetapi jangan la yang dibawah umur,memang xdapat la baby..:)




games ini bukan sekadar mengajar penduduk tapi juga menyelesaikan puzzle dan mengumpul sesuatu yang menaikkan point kepada kampung tersebut.


ha,apa tunggu lagi cepat-cepat la main sekali..hihi..kepada yang pernah main tu,amacam??berjaya sampai ke akhir ke??,cik Am yang last2 ni xtaw nak wat cmne,bantu la cik Am..:D


ok la..itu je..daaaaaaaaaaaaaaaaaa

menggamit memori

Salam..


Negeri sembilan,macam pernah aku pergi dan menjejaki di situ,tapi bila ye??


sedang di fikir-fikir,keluarlah mentol di otak aku. yes,aku pernah,dulu aku student kolej matrikulasi negeri sembilan(walaupun dua minggu je keberadaanku,hihi).


haha,ok la,cik Am nak bercerita sikit. untuk makluman semua,cik Am cuti-cuti ni kesibukan melanda apabila kedua-dua kakak cik Am kawen. macam post sebelum ni,yang sorang kawen ngan orang selangor dan sorang lagi orang negeri sembilan.


yang kaklong sudah pun selesai majlis di selangor manakala yang akak kedua pulak baru je selesai mengantar di majlis sana. memang bizi.
dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki,cik Am melihat daerah kuala pilah yang sangat tersemat di minda. sangat merindui suasana itu.rindu kawan2 di sana,tetapi kebanyakannya sudah lost contact da,apa boleh buat,huhu..






walaupun hanya dua minggu di sana,tetapi kenangannya cukup indah untuk dikenang. buat pertama kalinya cik Am masuk ke alam belajar yang baru,berkenalan dengan member dari negeri lain. yela,sebelum ni cik Am tidak pernah tinggalkan kelantan dalam jangka masa yang lama dan itulah pertama kalinya cik Am tinggalkan negeri cik Am dan berkenalan dengan sahabat negeri lain yang baru. Di sana juga tempat cik Am temuduga untuk masuk maktab..argh,memang rasa lawak pun ada time tu.:D


biasa la,sahabat memang selamanya,yang hilang pasti kita akan bertemu kembali suatu masa nanti..:D


ok la..itu je..daaaaaaaaa
p/s: aku rasa aku suka kamu..tp juz suka je pun bkan ley bawak kmana,lau ad jdoh baru la ak xkmana2..haha 

suka??klik je