BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kenangan




Kenangan..biarlah tinggal kenangan,
kita yang masih kuat ini perlu teruskan hidup,
kenangan..jauh tertinggal dibelakang,
tidak usah kita toleh kebelakang


bahagiakanlah hati sendiri,
sebab tiada siapa peduli hati kita,
kita senyum bukan bermaksud kita tabah,
tapi kita ingin menutup kesedihan dihati kita.


cuma fikir,apa yang berlaku ada hikmahnya,
pasti hati kita akan tersenyum dan kurang sakitnya..






"saya sayang diri saya,awak??"


p/s; cik Am nak jadi org puitis sikit,jadi x?haha..xjadi sgt kan..yela,bakal cikgu kh nak berpuitis plak..:D



love my mom...

salam..


selamat hari ibu kepada ibu-ibu di dunia..
hari-hari adalah hari ibu..:D











kepada mama saya: selamat hari ibu ye..insyaAllah kakak akan berusaha menjadi anak yang baik dan solehah..amin..mama doakan kakak ye...i will be a teacher like you mama...:)



resepi flan buah-buahan segar

salam,,


di waktu study week ni,patik nak share la beberapa resepi yang pasti mengiurkan anda.
tapi sebenarnya satu resepi je..hihi
cik Am berniat nanti cuti nak try buat la resepi ni untuk ibu tercinta sempena "mother's day"
luv u mom..:D


jom tgk resepi apa..so,tunggu apa lagi jom la try..






Flan Buah-Buahan Segar 7.00 
Sumber: Majalah Jelita, Mei 1991 
Hits: 1867 Rating: 7.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 buku kek span
450 gm krim putar
150 ml air gula
150 gm kepingan badam
20 biji strawberi segar
2 biji buah kiwi
2 biji buah pic
1 tin laici
500 gm anggur
200 gm jem aprikot
Cara:
Kek dipotong dua, menjadi dua tingkat. Sapu air gula di atas kek. 

Sapu krim putar di antara dua lapis kek. Kemudian sapu lebihan krim kepada seluruh kek. 

Susun buah-buahan di atas kek. Kemudian sapukan jem aprikot. 

Susun kepingan badam di sekeliling kek.



so,tunggu apa lagi jom la try..klau nak tunggu cik Am,nanti balik ke kampung tercinta bru nak try..ok la.itu je..daaaaaaa

mikro-teaching esok.

salam..


apa khabar semua?
cik Am sihat-sihat je,macam biasa la hidup kesepian dan penuh cabaran tapi yang penting kita hendaklah hadapi dengan senyuman.


ha,esok cik Am kena present mikro-teaching subjek kemahiran hidup,takutnya..huhu..
mikro-teaching ni macam latihan untuk mengajar la tapi yang nak kena ajarnya bukan murid-murid yang kecik-kecik tu tapi yang dah besar da ni,haha..


huhu,harap-harap semua berjalan dengan lancar,aamin..


ha,nak tgk vdeo x? ni vdeo ada berkenaan dengan mikro-teaching group cik Am,wat sndiri taw...hehe..
tajuk dia pengenalan alatan jahitan,jom la tengok..:)


da tengok? amcam? ok x??
hihi..
ok la,itu je la untuk hari ni..
k...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jom kenal tanda-tanda kanser

salam,
marilah kita mengenal kanser-kanser yang mampu MEMBUNUH kita,seelok-eloknya kita menjaga kesihatan kita dengan baik.
jom kita mengenali mereka(kanser)

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

Kadet Remaja Sekolah(KRS)

salam..


terasa agak lama juga ye cik Am tidak menaip dalam blog ni,al maklumlah bizi je memanjang..


ok la,jom layan gambar dulu ye..








ok,sudah hayati gambar di atas?
apa yang dapat diceritakan berdasarkan gambar di atas?


pada akhir bulan feb dan bulan mac,IPG telah mengadakan satu kejohanan olahraga tahunan,dalam kejohanan tersebut juga ada pertandingan kawad antara rumah sukan dan juga unit beruniform,oleh itu KRS telah menjuarainya..wah,bangga giler..haha


first time cik Am masuk kawad yang menang,sebelum ni asyik kalah je..:)


itu je la nak cerita,t cik Am cerita pasal lain lak ya..
daaaaaaaaaaaaaaa

risiko jangkitan kepada pembela hamster..


salam...:)
kepada pembela hamster take note,huhu..( semalam baru je main-main dengan menatang ni)

.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kini sedang menjalankan kajian kaitan pemeliharaan hamster dengan risiko jangkitan Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, jabatan itu sudah diminta membuat kajian bagi mengesahkan sama ada pemeliharaan hamster boleh menyebabkan jangkitan penyakit tersebut.

Menurutnya, Leptospirosis adalah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) disebabkan oleh bakteria daripada genus Leprospira interrogans.

“Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah dicemari dengan dengan air kencing haiwan jenis mamalia berjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi dan kuda.

“Kebanyakan haiwan mamalia termasuk haiwan pemeliharaan seperti hamster berpotensi dijangkiti dan tempoh masa inkubasi iaitu tempoh masa daripada terdedah sehingga timbul gejala antara dua hingga 10 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kompleks Rawatan Harian.

Menurutnya, jabatan kesihatan juga sedang menyiasat kesahihan maklumat mengenai seorang pemelihara haiwan mamalia itu yang terpaksa dipotong tangan dan kakinya bagi menentukan punca sebenar penyakit.

Katanya, antara gejala jangkitan penyakit ini adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, penyakit kuning, radang mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam.

A Rahman juga meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan dan kawalan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Menurutnya, memandangkan cara jangkitan utama Leptospirosis melalui kulit atau selaput membran, orang ramai mestilah berhati-hati sekiranya ada luka, calar pada kulit, kudis dan sebagainya ketika mengendalikan haiwan peliharaan.

“Bagi yang mempunyai risiko terdedah kepada air tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian sempurna atau berpakaian kalis air. Elakkan bermain air atau mandi-manda di sungai atau kolam jika luka di kulit.

“Jika masih juga terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster kalis air,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi air terjun, sungai, tasik dan kolam

sekarang ni ramai yang meninggal dunia disebabkan binatang-binatang sejenis ini,jadi,kita hendaklah sentiasa berhati-hati..:)
ok,daaaaaaaaaaaa

suka??klik je