BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tahun baru sekolah baru

assalamualaikum semua..

Tahun 2019...

ye,tahun 2019 dan blog ini sudah berumur 9 tahun..

fuh tua da blog ni,kalau anak ni da masuk darjah 3 da..

Tahun yang baru,cik Am pun ke sekolah baru. Ops,bukan minta pindah ye,tapi dipindahkan. Tahun ni tidak sama sekolah dengan suami. Pengembaraan baru bermula dalam mengenali sekolah baru ini. Tekanan kerja?tetap ada . Muridnya lagi ramai dan bercampur pelbagai latar belakang.

Namun,hadapi dengan senyuman..

ok,t kita sambung cerita balik..
p/s: rasa cam nak tukar genre blog ni jadi blog travel..cun x?


merindui murid sk Limbang





MATRIYE Follower cik Am!!




Selamat hari raya aidilfitri semua.. Daripada cik Am dan family...

cik Am da kawennnnn

salam semua..

rasanya sudah lama cik Am tak update blog,rindunya rasanya nak berblogging malangnya masa tidak mengizinkan.

kejap..nak bersihkan habuk-habuk dalam blog ni..fuhhhhhh...

ni cik Am nak ceritalah sikit,masa cuti raya cina lepas cik Am akhirnya disatukan dengan kawan baik cik Am satu sekolah tempat mengajar. Ingat lagi tak cik Am cite ada sorg cik Am suka dalam diam.. masa tu masih kau aku ag la...

lama-lama cinta cik Am tak bertepuk sebelah tangan rupanya...hehe

tapi cik Am tak nak tunang apa,sebab risau jugak alam tunang ni..so nikah terus..yeayyy...hepi la naaaa...habis cuti sekolah pun buat majlis jugakkk...meriah la jugak,gambar tak banyak dalam laptop..


cik Am share satu je ye...


ok ke idokk??

ala-ala hindustan gituwww...

belah laki cuti bulan 3 pulak,nantikan cik Am ke perakkk..:D

KB to Teluk Intan


tu je la cik Am nak cerita,
daaaaaaaaaa

teman sekerja cik Am

salam..

tadi throwback,ni memandang ke masa sekarang..
sekarang sekolah cik Am sibuk sikit,banyak program akhir tahun. exam pun nak dekat da,tapi tajuk tak habis ajar lagi..uhuk uhuk..harap budak-budak ni dapat la jawab exam nanti..

ni nak up sikit rakan sekerja cik Am warga SK Limbang

ni semua guru dan staff sk limbang @makanberadab murid asrama

lau kat skolah ni,dua2 izzat ni la yg paling rapat ngan cik Am..bestfrenz



ni geng vacation cik Am aritu,ke KK

okeylahhh...cik Am cau lu,pasni xtaw la bila pulak dapat update,busy je memanjang..
wassalammm



missing youuu...

salam..

lama sudah cik Am tak update blog kan? opss..bunyi cam bahasa limbang sudah,haha..maklum la sudah hampir setahun cik Am bekerja di sini. so far,di sini okey la,jauh dari kesibukan kota tapi tulah jauhh..membuatkan hati terusik mengimbau kenangan di batu pahat.

ya,berbeza sebenarnya semenanjung berbanding di sini. terutama dari segi makanan. Pasar malam pun xde disini,kalau ada pun,pasar malamnya macam gerai-gerai biasa sahaja tak smeriah pasar malam di batu pahat. tapi xpe,demi tugas ku gagahi jua(poyo pulak).

to my frenz,hampir setahun kita berpisah sejak keluar dari maktab..kalau sebut rindu ofcoz rindu. nak gathering pun time knduri kawen je,lau nak vacation mmg susah..masing-masing banyak komitmen. vacation aku ngan rakan sekerja je,diorang ni kaki jalan so okeyyy la..hehe..tapi xpe,one day aku nak gak hang out ngan my geng Aurora ni..

nak throwback la sikit...

mengimbau kenangan ke USS suatu masa dahulu..masa ni ringgit 2.3 je lagi

ratu bowling IPTHO

memandang jauh ke belakang..konvoipgm2015

trip to Langkawi..

okey..jumpa lagii..
wassalam

masuk ke alam dunia pekerjaan

salam..

diam tak diam,cik Am sudah pun melangkah ke fasa baru iaitu fasa pekerjaan yang penuh dengan onak dan duri. untuk makluman semua,cik Am telah pun posting di negeri bumi kenyalang,Sarawak. Pada awalnya rasa sangat down bila check posting ke Sarawak. tu lahhh degil sangat mintak negeri Kelantan. Memang ke sanalahh jawabnya. Namun,cik Am fikir positif sahaja.

Di Kuching,barula dapat tahu dapat sekolah mana. berdebar jugak,maklumlah sarawakkan luas. check punya check,check punya check...cik Am dapat di Limbang. SK limbang. Dalam fikiran,owh sekolah bandarlah kot,tapi jap jap,Limbang kat mane????? nampak tak naifnya cik Am dengan negeri Sarawak ni,bagus jugak dia hantar ke Sarawak ni. Di Kuching juga dia bagi kertas yang berkaitan dengan sarawak,peta,no.PPD dan banyak lagi.. cik Am pun tengok lah peta..


sekarang,try tengok,hahh..hujung sana?? Limbang dengan Kuching jauhh tuu...nasib baik tak hujung je..nasib cik Am la oii,kat maktab belajar sampai ke Johor,pun hujung jugak dalam peta,posting pun hujung juakkk la..:D

keesokkan pagi,berkumpul lah geng-geng yang dapat limbang juga,ramai juga la. cik Am ni trip kedua gi sana,yang trip pertama lagi ramai. Yang dapat satu sekolah cik Am pun dalam 4 orang cmtu,jadi rasa bersyukur jugak la,tak dela sorang-sorang sangat. Sampai-sampai je airport Limbang ,ada cikgu yang jemput kitorang terus bawak ke rumah sewa,memang tip top layanan mereka uruskan semua ni. Rasa terharu sangat maklumlah orang baru di limbang n Sarawak ni (tak pernah jejak sarawak). housemate cik Am terdiri daripada 2 orang doktor (baru posting jgk) ,dan 3 orang guru yang baru,seorang guru da setahun lebih posting (tapi dapat pindah semenanjung da..sob3)

Esoknya setelah rehat di rumah sewa yang baru,ada perjumpaan geng-geng perantau di limbang ni,jumpa la dengan cikgu lama. suai kenal dengan mereka ni. Rupanya kat Limbang ni ramai perantau semenanjung. lega lah sikit gundah di hati ni.

Hari Isnin cik Am berangkat ke Sekolah tumpang cikgu sekolah sama di taman yang sama (nampak tak lau Allah nak permudahkan :) ) . Bersambung nanti ya,..

musim internship

salam..

lama cik Am xupdate blog,kali ni cik Am nk update tentang program cik Am sebulan..cik Am sekarang di SK Bukit Naning untuk program internship..

program ini memerlukan kami student sem akhir ini membuat perancangan program atau projek di sekolah. Maktab cik Am menetapkan 3 projek bagi seorang guru pelatih..soooo..memang penat

cik Am ada tiga projek iaitu buat mural kat bengkel ,buat slot tazkirah (yang ni cik Am jadi MC je taw,bukan jd penceramah..hehe..),last buat pertandingan akuarium cantik. kira minggu ni cik Am sangat sibuk dengan aktiviti semua ni.

 ni mural cik Am yang telah siap-done projek 1

perbincangan bersama mentor

bagi tazkirah sikit la..:D

orait ,itu je laporan hari ini..daaaaaaaaa

suka??klik je