BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

fakta untuk peminat dan penggeli belut

Salam..


adakah anda peminat belut??
xkenal belut? meh sini cik Am tnjukkan,terbaik punya gambar,he3




kalau lihat je pada belut,apa yang pertama sekali anda fikir?
*aish,ular ke?
*euwww...sdap ke??


dan macam-macam lagi la kan.
belut merupakan sejenis ikan,yang juga dikenali sebagai ikan linang.
belut banyak memberi kesan yang baik dalam kesihatan kita,antaranya ialah...


1- ia dikatakan menjaga daya tahan tubuh kita,terutamanya pada saat musim panas.
2- belut juga mampu meningkatkan kolestrol baik dalam tubuh. 
3- mengurangkan tekanan darah,juga mengurangi risiko arthritis.
4- dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan penyakit kencing manis
5. bermanfaat untuk penglihatan
6- perkembangan fungsi saraf pusat
7- menormalkan tekanan darah di otak.


dan lain-lain lagi la,memang banyak kalau nak bercerita tentang khasiat belut,ada yang suka makan belut dan ada juga yang geli dengan belut,hihi
tapi yang penting belut membawa kita ke arah kesihatan yang baik.


oleh itu,banyakkan la makan belut,haha..
cik Am suka makan sup belut,nyum3...


sumber: panduanpercuma
ok la,itu je..daaaaaaaaaaaaa

jom main virtual villagers 2

Salam..


dalam hujan-hujan begini,sangat membosankan. betul x??
daripada kebosanan cik Am nak bercerita la sedikit tentang game ni,xtaw la korang pernah main ke x.


nama game ni virtual villagers 2. mula-mula cik Am tidak berminat pun nak main game tu sbb mmg cik Am xminat games,tapi bila start main game tu,cik Am jadi berminat plak,hihi....hari-hari mesti bukak game tu.




games ni sebenarnya ada banyak chapter atau siri. yang cik Am main ni game siri kedua. tapi menurut cik Am semuanya sama je la kot.
games ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang pada asalnya mereka tidak tahu apa-apa tentang pekerjaan. jadi anda ditugaskan untuk mengajar mereka tentang pekerjaan sehingga mereka menjadi master dalam kerjaya mereka..:)


anda juga tidak lupa untuk memastikan keperluan makanan penduduk mencukupi,hal ini kerana penduduk akan sakit dan seterusnya mati. unggun api juga penting untuk memastikan kesihatan penduduk. ha,yang menariknya,penduduk kampung juga boleh bertambah sekiranya anda mendekatkan penduduk wanita dengan lelaki tetapi jangan la yang dibawah umur,memang xdapat la baby..:)




games ini bukan sekadar mengajar penduduk tapi juga menyelesaikan puzzle dan mengumpul sesuatu yang menaikkan point kepada kampung tersebut.


ha,apa tunggu lagi cepat-cepat la main sekali..hihi..kepada yang pernah main tu,amacam??berjaya sampai ke akhir ke??,cik Am yang last2 ni xtaw nak wat cmne,bantu la cik Am..:D


ok la..itu je..daaaaaaaaaaaaaaaaaa

menggamit memori

Salam..


Negeri sembilan,macam pernah aku pergi dan menjejaki di situ,tapi bila ye??


sedang di fikir-fikir,keluarlah mentol di otak aku. yes,aku pernah,dulu aku student kolej matrikulasi negeri sembilan(walaupun dua minggu je keberadaanku,hihi).


haha,ok la,cik Am nak bercerita sikit. untuk makluman semua,cik Am cuti-cuti ni kesibukan melanda apabila kedua-dua kakak cik Am kawen. macam post sebelum ni,yang sorang kawen ngan orang selangor dan sorang lagi orang negeri sembilan.


yang kaklong sudah pun selesai majlis di selangor manakala yang akak kedua pulak baru je selesai mengantar di majlis sana. memang bizi.
dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki,cik Am melihat daerah kuala pilah yang sangat tersemat di minda. sangat merindui suasana itu.rindu kawan2 di sana,tetapi kebanyakannya sudah lost contact da,apa boleh buat,huhu..






walaupun hanya dua minggu di sana,tetapi kenangannya cukup indah untuk dikenang. buat pertama kalinya cik Am masuk ke alam belajar yang baru,berkenalan dengan member dari negeri lain. yela,sebelum ni cik Am tidak pernah tinggalkan kelantan dalam jangka masa yang lama dan itulah pertama kalinya cik Am tinggalkan negeri cik Am dan berkenalan dengan sahabat negeri lain yang baru. Di sana juga tempat cik Am temuduga untuk masuk maktab..argh,memang rasa lawak pun ada time tu.:D


biasa la,sahabat memang selamanya,yang hilang pasti kita akan bertemu kembali suatu masa nanti..:D


ok la..itu je..daaaaaaaaa
p/s: aku rasa aku suka kamu..tp juz suka je pun bkan ley bawak kmana,lau ad jdoh baru la ak xkmana2..haha 

tahniah my sisters

Salam..


terasa macam lama dah cik Am tak menaip ni,maklum la sibuk dengan majlis kahwin kakak2 cik Am.


semalam baru je balik dari klang,pergi mengantar kakak yang sulung cik Am ke rumah mertuanya,hihi..kesian dia kena tinggal,:)


hujung minggu ni pula p mengantar kakak yang kedua lak,kali ni up sikit dekat bahau,negeri sembilan.
ni la nasib korang kalau bercintan cintun ngan orang jauh,hihi


kepada kedua-dua kakak2,saya mengucapkan tahniah dan moga cepat2 menimang anak,xsabar nak ada anak sdara ni..:D



yang ni akak sulung cik Am,kawen ngan en.farid merangkap abg long cik Am,orang klang..:D

ha,yang ni lak,akak cik Am yang kedua. kawen dgn en.erman merangkap abg ngah,orang bahau..abg ngah ni pemalu la sikit..yang abg long lak xtaw malu sangat,hahaha


ok la..itu sahaja coretan hari ini..
daaaaaaaaaaaaaaaa

hasil tangan sihatimerahjambu'life..:)

Salam..


hari ni tak nak post panjang-panjang.
hari ini cikAm agak kepenatan sikit,sory ye tidak mengupdatekan diri.:)
maklum la,akak cik Am dua-dua selamat diijab kabulkan..alhamdulillah..:D


tq to fiza kerana mem"vectorkan muka cik Am,nak tengok??
jom layan


dan ini perbezaan gambar sebenar dengan gambar yang di vectorkan..:D




amacam??kalau rasa-rasa lawa,p la tempah dengan fiza,kalau nak free kena tunggu segmen akan datang.


to fiza,thanz ya..hasil kerja tangan yang gempak dan superb..:D


ok la,itu je
daaaaaaaaaaaaaaa
p/s: semakin hari,luka aku semakin pulih..myb krn aku berjauhan dgn org yg mnyakitkan hati aku..

Cabutan Bertuah Yanmieonline.com

Salam..


hari ini cik Am nak join satu cabutan bertuah yang dianjurkan oleh blog yanmieonline. kalau nak join boleh jek..:D



“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”

hadiah...

- Macaron 1box  untuk 5 orang pemenang. Macaron ini adalah macaron yang paling sedap pernah saya makan, lebih sedap dari yang saya beli kat harrods KLCC iaitu Macaron hasil tangan dariCikmin.com.

kepada rakan-rakan,
jom join..
ok la itu je..daaaaaaaaaaaaaa

surat untuk bekas-bekas kekasih ataupun bekas kekasih-kekasih

Salam..


cik Am nak share something..:D


surat untuk ex-ex yang disayangi






Assalamualaikum..
  kehadapan buat semua ex-ex aku sama ada yang setia dengan aku atau yang pernah melukakan hati aku,semoga sihat selalu disamping sesiapa sahaja disisi kamu.
coretan ini dibuat untuk meluahkan perasaan tentang liku-liku kehidupan aku yang ingin dikongsi bersama.


kepada ex aku yang pertama,
  aku memohon maaf atas salah aku yang mnerima orang lain dsaat kamu menguji aku dulu. Tapi aku sangat menyayangimu walaupun sekarang kamu sudah membenci aku,kamu tidak peduli request friend fb yang aku add..aku menyesal sekarang,kalau aku tahu kamu masih menyayangi aku ,setia pada aku,tidak pernah mengadu tentang sikap aku yang beremosi dan sanggup tunggu aku dulu,aku takkan serahkan hati aku kepada orang yang tidak pandai menjaganya. kamu mengajar aku erti cinta yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.


  kalau kamu sudah berkahwin dengan orang lain,aku terpaksa redha dan mendoakan kamu bahagia,bertuah wanita itu mendapat kamu. aku sentiasa menyayangi kamu.


kepada ex aku yang kedua,
  aku memohon maaf juga kerana aku bercinta dengan kamu bukan kerana rasa sayang tapi kasihan dan ingin ex aku yang pertama cemburu. Oleh sbb tidak sampai hati ingin clash ngan kamu,aku teruskan hubungan itu. sehinggalah aku rasa sangat bersalah dengan kamu,aku meninggalkan kamu. kamu amat baik dengan aku,pandai menjaga hati aku,tapi aku tidak tahu kenapa,cinta aku dengan ex aku yang pertama masih lagi utuh..


  maaf juga teddybear yang kamu bagi hilang,puas aku cari..tapi tak pelah kenangan harus dilupakan,yang penting kamu sentiasa baik dengan aku sampai sekarang. aku menghargainya


kepada ex aku yang ketiga,
  setelah setahun aku tidak menemui pasangan,aku bercinta dengan kamu sekadar suka-suka. kamu juga menjaga aku dengan baik,tapi aku meninggalkan kamu sebab kamu pun suka-suka juga dgn aku. dalam diam kamu contact dengan ex kamu balik,jadi aku malas nak ganggu. mungkin ini lah balasan untuk aku kerana menyakiti hati orang.


kepada ex aku yang keempat,
  aku bercinta dengan kamu,memang untuk serius ke perkahwinan,untuk melupakan ex aku yang pertama,tapi tidak menyangka dalam diam kamu bercinta dengan seseorang yang lain. aku sangat kecewa,aku terfikir kenangan manis yang tidak mungkin ku lupakan tetapi nasib baik aku mengetahui awal,bukan selepas aku berkahwin nanti.


  bercinta dengan kamu paling aku merasakan seolah-olah lebih baik aku tidak mengenali kamu dari awal. 


kepada ex aku yang terakhir,
  aku berkenalan dengan kamu kerana aku merasakan kamu dapat membuat aku gembira dan melupakan kenangan-kenangan lalu tetapi aku silap kerana kamu meninggalkan aku seolah-olah,aku tidak diperlukan lagi dalam hidup kamu setelah kamu dapat menggantikan posisi ex aku yang pertama. kata-kata terakhir kamu membuat aku sangat kecewa. Kamu membiarkan aku memujuk hati aku sendiri untuk melupakan kamu yang sangat susah.


  aku cuba melupakan kamu dengan pelbagai cara..maafkan aku tidak dapat melupakan kamu seperti yang kamu mahukan tetapi aku akan cuba dengan harapan kamu tidak perlu muncul lagi di hadapan aku.


  pengalaman mengajar aku tentang tangisan,kegembiraan,kesabaran. Andai aku tahu betapa sulitnya melupakan seseorang yang pernah kita sayang dahulu,aku tidak ingin mengenalinya. Buat masa sekarang,aku tidak ingin bercinta,aku ingin bercinta selepas kahwin disaat aku dapat melupakan semua sekali tentang kamu.
dari bekas kekasihmu:
(cik ti-bukan nama sebenar)


ok,da baca?? 
memang sulit pengalaman kalau didengar dari semua orang.
masing-masing mempunyai masalah yang berlainan dan pelik,tapi hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.


melupakan seseorang memang sukar,makin dibenci makin diingat..
kalau dapat hilang ingatan tentang hal-hal cinta ok gak,dapat lupa je terus. tapi mengambil masa yang panjang. Orang yang tidak pernah mengalami perasaan itu sahaja tidak akan memahaminya. 


ok la..itu je yang nak dikongsikan..:D
daaaaaaaaaaaaaaa

sepanjang perjalanan ini...

Salam..


alhamdulillah..akhirnya sampai jugak ke kampung halaman. sangat rindu,hihi padahal bru 10 hari tinggalkan rumah semata-mata untuk exam.


tadi dalam bas,sangat penat sbb barang dalam bonet bas penuh,cik Am terpaksa menaikkan beg yang besar tu dekat ngan sit cik Am,mmg sangat sempit. lenguh lutut duk bersila spanjang 12 jam perjalanan itu..huhu


sebelah cik Am ada la jejaka cina,eh cina ke? hihi,xdela cina tp melayu yg seakan-akan cina. mula-mula diam je,lame2 tu lepas borak2 baru la detect dy ni banyak ckp rupanya..hihi,abiz semua dia cerita,sampai msalah awek dia pn dia cite..yang tu cik Am ase cm malas sikit la nak borak,sbb cik Am paling xsuka seorang pakwe yg xtahan ngan sikap awek dia bercerita tentang awek dia kat pompuan lain..n kalau cik Am jadi awek dia,cik Am marah n majuk stahun,hihi..sbb cik Am pk kalau cik Am di tempat awek dia tu,jadi cik Am pn layan xlayan je cerita dia..ok la stop,sambung balik..jejaka tu terbalik ngan cik Am..dia asal batu pahat tapi stdy kat kelantan..trbalik betul..


ok la..sangat penat,sampai pagi tadi baru skunk dpt taip..
ha,jangan lupa dtg umah cik Am minggu dpn 27/11..kakak cik Am kawen,dua2 tu kawen..syoknya,nak kawen jugak!!..haha


k..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

selamat bercuti..:)

Salam..


alhamdulillah..akhirnya tamat sudah final exam..hehe..
syoknyer...
esok balik kampung,sape nak ikut??
jom3...


semoga jawapan yang diberi semua betul.hihi..mane ad org perfect,ish3
smoga lulus la ye,amin..
tadi baru lepas exam pergerakan asas pjm3102..
cik Am xminat sbnrnya pj ni,tp apakan daya,soalan dia ok,same cm yg lecturer bagi cuma tu la,kesuntukan masa..huhu,menggigil jawab tadi..haha


owh,ya terlupa plak,kepada my sister "nana",tahniah dapat 4A 1B upsr..semoga naik sekolah mngah nanti jgn cm budak2 lagi..haha


ok la..selamat bercuti ye semua..next sem jumpa lagi..:)
daaaaaaaaaaaaaaaaa


p/s: thun dpn permulaan baru sebagai insan baru,kngan pahit dilupakan!!

makna yang tersirat disebalik hadiah..:D

Salam..
hari ni cik Am nak share sesuatu..



korang pernah x bagi hadiah pada pasangan??
korang taw x apa makna disebalik tu??
jom kita tgk makna pemberian hadiah yang anda terima atau yang pernah anda bagi...

Jam Tangan - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
Cincin - Tanda ikatan kasih yang abadi.
Gelang - Tanda mesra.
Rantai Leher - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
Subang - Tanda penghargaan dan penghormatan.

Kasut - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
Pakaian/Kain - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
Payung - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
Minyak Wangi - Tanda cinta.
Bingkai Gambar - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

Buku – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
Bunga - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
Coklat - Semanis cintamu.
Lagu/Cd/Kad Ucapan - Mengabadikan cinta dan kenangan
Sejadah Dan Al-Quran - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
Handphone - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).

Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah...



Masuk Meminang - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

ha..da abiz??
sape tertunggu2 nak yang last skali tu??hihi...
ok la..itu je..daaaaaaaaaaaaaaa

jangan mempercayai 100%

Salam..


jangan mempercayai 100%..
kata-kata seorang lelaki yang belum menjadi muhrimmu,
nanti kita akan kecewa..


jangan mempercayai 100%...
jika sseorang lelaki mengatakan akan berubah,
sbb endingnya dia akan ckp dia xley ubah diri dia..


jangan mempercayai 100%...
lelaki yang tidak sanggup bersabar dengan kita..
sbb nanti dia akn meninggalkan kita..


jangan mempercayai 100%..
jika anda menyayangi hati anda..
melainkan lelaki yang anda jumpa adalah orang yang benar-benar jodoh anda...


namun percayakah anda dia akan setia dengan anda walauapapun berlaku??dia akan kotakan semua janji2nya??berapa ramai lelaki yang sanggup bersabar dengan sifat marah dan emosi perempuan??


beruntung lah anda yg berjumpa dengan mr.right yg betul2 right..jaga la elok2..






entri di atas,saje2 je cik Am mencoretkan sedikit,konon2 nak jadi peyajak ke,penyair ke,hehe..
kepada lelaki2,jangan marah ye kalau xbetul..
sbb brdasarkan pengalaman yg cik Am pernah jumpa..
mcm tu la lelaki..




itu saja coretan hari ni..
daaaaaaaaaaaaaaaaa

gud luck calon SPM

Salam...


kepada calon-calon spm 2011 ni..
gud luck cik Am ucapkan,
jawab la elok-elok,jangan gopoh..
ni la yang menentukan perjalanan anda..cewah..cm master chef plak..


kebetulan,adik cik Am pn ambik spm jugak,so,gud luck untuk dia jugak..
moga dpt la kecapi impian nk pergi mesir ye dik..haha..:D




ingat,usaha xkan berjaya tanpa doa dan takwa kepada Allah..
moga spm berjalan dengan lancar dan mendapat keputusan yang baik..
jadilah yang terbaik,dikalangan yang terbaik..


ok la..
itu je..daaaaaaaaaaaa

air oo air..

Salam...


air..air..dimanakah dikau..adoi..
pagi2 ni,ops..petang2 ni boleh plak xde air ye..
kau dengki ngan aku ye wahai air,
nape kau xnak ad lak hari ni..
kalau xde letrik ok ag,ni xde air..susah woo


adoi,begitu la luahan hati seorang bakal guru di batu pahat,
apa boleh dibuat jika tiada air,hanya mampu tgk je la paip tu..
bila xde air ckp baik xde letrik..bila xde letrik??
begitu la jadinya..manusia.manusia..kedua-duanya saling berkait..air dan juga letrik..penting tu,xde dua tu,boleh ke korang??
kalau cik Am,xboleh..oh tidak!!






cik Am nak air,n cik Am pn nak letrik gak...bila letrik ada,air plak xde..best je tgk kengkawan yang balik berhujung minggu di rumah,maklum la,rumah cik Am nun disana,camne la mau balik..terpaksa la hadapi kesulitan ini..huhu..ada yang nak sedekah air untuk cik Am x?? pos la kat sini..T_T


ok la..itu je la kemerapuan cik Am..
daaaaaaaaaaaaaaaa

murid dan alam belajar,why you are so ...

Salam...


petang tadi abiz la exam edu 3103..murid dan alam belajar..
soalan dia,masyaAllah...ntah la..smua xkuar yg spot..da baca satu buku pn ley lupa..(satu buku ke??..:) ),yela,cik Am baca sekali lalu je mmg la xsangkut..


mcm biasa la org cm cik Am,suka stdy last minit,pastu mnyesal sndiri..cm xley ubah la tu..hihi..da biasa plak..:D
cik Am doakan lulus je skunk ni..amin...


ada yg mcm cik Am x??xtaw nape suka sgt stdy last minit..hihi..myb nampak kot kkuatan mmbaca tu,:D


hari ni cik Am ase sedih sangat,sbb soalan tu satu hal..n ntah la satu ag ni..pelik la..tp cik Am ley ckp hati rasa sedih la,myb rindu kampung kot..


lambatnya cuti,huhu..
ok la...itu je nak bebel..
daaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: sayu hati..sayu sekali...ngantuk da,babai..

blog Xbertanggungjawab,buat member salah faham..

Salam...


adoi...masalah..masalah..
ok la,mai cik Am nak cite sikit..
hari ni exam tp nanti la dulu,xtenang pulak ada yang salah faham ni..


semalam,cik Am post link blog org xbrtanggungjawab ni kat wall fb,blog dia tu cik Am ley ckp masyaAllah..sbbnya penuh dengan gambar wanita-wanita..gambar tu,dia ambik lam fb kite2 ok..so,kepada wanita berhati-hati dengan gambar anda...


dalam tu bercampur,bukan yang seksi je,yang bertudung pun ada..tapi member cik Am da salah faham..lupa plak cik Am nak cakap amaran kepada lelaki jangan tengok..adoi,kan da salah faham..


jadi tanpa berlengah masa,cik Am terus delete,xtgk pn komen2 kat bawah yg aneh2 komennya cik Am ase..lupa plak nk tgk..


dengan ini,cik Am mintak maaf kpd semua ya..bukan niat cik Am nk sebarkan gambar pelik2 tu,tapi niat cik Am nak tunjuk kt wanita,jgn la main letak je gambar tu,yang pribadi tu,juz simpan je..jangan tunjuk2..ad yg melampau gak la gambar tu cik Am tgk,xpatut letak lam fb..


n yang paling cik Am geram..bukan yang seksi je,yang berbaju kurung,bertudung pun masuk..adoi..apa kes..cik Am ingt nk cari,kot2 ad ke gmbar kita2 ni..tapi sbb bnyk sgt..xterlarat la..nanti la cari..
lagi pun fokus kat exam skunk..


mintak maaf ye kengkawan...jangan salah faham...:D
niat yang baik ni..
itu je..lau sape2 nak taw blog mane..kpd wanita je la..antar komen,t cik Am reply kat blog anda2 tp jgn tunjuk komen cik Am,maksud dia jangan sebarkan..t lelaki tengok..bahaya..:D


ok la..itu je..sekali lagi mintak maaf sangat2
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

EXAM!!

Salam...


adoi..esok exam..
malasnya nak baca..
cmne ni??
ad nasihat x??


esok peperiksaan murid dan alam belajar..
bnyak nak kena baca..takut..tapi encik cakap,jangan takut t lau takut menguasai kita,yang tu la mmbuatkan kita xley jawab..
jadi kita kena yakin..kita boleh jawab..


ok semua..sesiapa yang ambik exam,gud luck ye..
jangan lupa doakan cik Am..


itu je..
daaaaaaaaaaaaaaa

selami ibadah qurban

Salam...
cik Am baru je lepas sibuk2 raye haji ni..:D
ni nak habaq ni,ang semua duk sambut raye ni,taw x hikmah daripada itu??
jom kita baca sikit pasal qurban..

Hikmah Berqurban
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah. 
  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
Kepada Siapa Ibadah Qurban Disunatkan
  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji. 
  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
Syarat Sah Qurban
  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan. 
  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban. 
  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.


ha,da taw da??
so marilah kita perbanyakkan lagi amal ibadah kita kepada Allah,bukan sahaja mengamalkan yang wajib,kalau boleh yang sunat tu pun kita lakukan juga..:D


sekian,wssalam..

suka??klik je