BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

surat untuk bekas-bekas kekasih ataupun bekas kekasih-kekasih

Salam..


cik Am nak share something..:D


surat untuk ex-ex yang disayangi






Assalamualaikum..
  kehadapan buat semua ex-ex aku sama ada yang setia dengan aku atau yang pernah melukakan hati aku,semoga sihat selalu disamping sesiapa sahaja disisi kamu.
coretan ini dibuat untuk meluahkan perasaan tentang liku-liku kehidupan aku yang ingin dikongsi bersama.


kepada ex aku yang pertama,
  aku memohon maaf atas salah aku yang mnerima orang lain dsaat kamu menguji aku dulu. Tapi aku sangat menyayangimu walaupun sekarang kamu sudah membenci aku,kamu tidak peduli request friend fb yang aku add..aku menyesal sekarang,kalau aku tahu kamu masih menyayangi aku ,setia pada aku,tidak pernah mengadu tentang sikap aku yang beremosi dan sanggup tunggu aku dulu,aku takkan serahkan hati aku kepada orang yang tidak pandai menjaganya. kamu mengajar aku erti cinta yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.


  kalau kamu sudah berkahwin dengan orang lain,aku terpaksa redha dan mendoakan kamu bahagia,bertuah wanita itu mendapat kamu. aku sentiasa menyayangi kamu.


kepada ex aku yang kedua,
  aku memohon maaf juga kerana aku bercinta dengan kamu bukan kerana rasa sayang tapi kasihan dan ingin ex aku yang pertama cemburu. Oleh sbb tidak sampai hati ingin clash ngan kamu,aku teruskan hubungan itu. sehinggalah aku rasa sangat bersalah dengan kamu,aku meninggalkan kamu. kamu amat baik dengan aku,pandai menjaga hati aku,tapi aku tidak tahu kenapa,cinta aku dengan ex aku yang pertama masih lagi utuh..


  maaf juga teddybear yang kamu bagi hilang,puas aku cari..tapi tak pelah kenangan harus dilupakan,yang penting kamu sentiasa baik dengan aku sampai sekarang. aku menghargainya


kepada ex aku yang ketiga,
  setelah setahun aku tidak menemui pasangan,aku bercinta dengan kamu sekadar suka-suka. kamu juga menjaga aku dengan baik,tapi aku meninggalkan kamu sebab kamu pun suka-suka juga dgn aku. dalam diam kamu contact dengan ex kamu balik,jadi aku malas nak ganggu. mungkin ini lah balasan untuk aku kerana menyakiti hati orang.


kepada ex aku yang keempat,
  aku bercinta dengan kamu,memang untuk serius ke perkahwinan,untuk melupakan ex aku yang pertama,tapi tidak menyangka dalam diam kamu bercinta dengan seseorang yang lain. aku sangat kecewa,aku terfikir kenangan manis yang tidak mungkin ku lupakan tetapi nasib baik aku mengetahui awal,bukan selepas aku berkahwin nanti.


  bercinta dengan kamu paling aku merasakan seolah-olah lebih baik aku tidak mengenali kamu dari awal. 


kepada ex aku yang terakhir,
  aku berkenalan dengan kamu kerana aku merasakan kamu dapat membuat aku gembira dan melupakan kenangan-kenangan lalu tetapi aku silap kerana kamu meninggalkan aku seolah-olah,aku tidak diperlukan lagi dalam hidup kamu setelah kamu dapat menggantikan posisi ex aku yang pertama. kata-kata terakhir kamu membuat aku sangat kecewa. Kamu membiarkan aku memujuk hati aku sendiri untuk melupakan kamu yang sangat susah.


  aku cuba melupakan kamu dengan pelbagai cara..maafkan aku tidak dapat melupakan kamu seperti yang kamu mahukan tetapi aku akan cuba dengan harapan kamu tidak perlu muncul lagi di hadapan aku.


  pengalaman mengajar aku tentang tangisan,kegembiraan,kesabaran. Andai aku tahu betapa sulitnya melupakan seseorang yang pernah kita sayang dahulu,aku tidak ingin mengenalinya. Buat masa sekarang,aku tidak ingin bercinta,aku ingin bercinta selepas kahwin disaat aku dapat melupakan semua sekali tentang kamu.
dari bekas kekasihmu:
(cik ti-bukan nama sebenar)


ok,da baca?? 
memang sulit pengalaman kalau didengar dari semua orang.
masing-masing mempunyai masalah yang berlainan dan pelik,tapi hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.


melupakan seseorang memang sukar,makin dibenci makin diingat..
kalau dapat hilang ingatan tentang hal-hal cinta ok gak,dapat lupa je terus. tapi mengambil masa yang panjang. Orang yang tidak pernah mengalami perasaan itu sahaja tidak akan memahaminya. 


ok la..itu je yang nak dikongsikan..:D
daaaaaaaaaaaaaaa

0 kupu-kupu:

suka??klik je