BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bendi?? berkhasiat ke 2??

Salam…

ok,sebut sal bendi...cik Am minat sgt bendi ni,...xtaw nape..tapi sedap dlm ap jua resepi..
 
korunk suka mkn bendi x??
ha..kena mkan taw..jgn pandang remeh je kat bendi ni...
banyak khasiatnya...

jom kita berkenalan dengan yang nama bendi ni...


 Bendi: hai frenz!! aku sgt terkenal...xcye...jom kita brkenalan...:)

Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra. Orang India sebut venddi Kai. Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus. Asal usul kononnya dari Ethiopia.

Bendi : da taw nama aku?? ok skunk jom kita slongkar kelebihan aku...khasiat aku...

  • Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari.
  • Daun yang muda (pucuk tu boleh juga dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan.
  • Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan
  • Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang.
  • Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin.
  • Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga.
  • Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
  • Lendir yang terdapat dalambuahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
  • Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis.
  • Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
  • Ada di setengah-tengah tempat, bijinya menggantikan biji kopi.
Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.(kalau jadi colling2 cik Am ek...haha)


Bendi: apa kata orang barat pasal aku??(betapa famous ny aku ni..hehe)


Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu dalam:
  1.  mencuci hati
  2. menstabil kandungan gula dalam darah
  3. membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
  4. membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
  6. ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
  7. ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
  8. sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
  9. juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Bendi: ok...knal aku da kan...ap lagi jgn lupe la makan aku ni...sgt brkhasiat taw..


ok la frenz...best x borak2 ngn cik bendi kta ni..haha...
cik Am nk cite sal bendi ni pn cz tba2 trfikir td...2 je...ok la...itu je...daaaaaa...
 

0 kupu-kupu:

suka??klik je