BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

teman sekerja cik Am

salam..

tadi throwback,ni memandang ke masa sekarang..
sekarang sekolah cik Am sibuk sikit,banyak program akhir tahun. exam pun nak dekat da,tapi tajuk tak habis ajar lagi..uhuk uhuk..harap budak-budak ni dapat la jawab exam nanti..

ni nak up sikit rakan sekerja cik Am warga SK Limbang

ni semua guru dan staff sk limbang @makanberadab murid asrama

lau kat skolah ni,dua2 izzat ni la yg paling rapat ngan cik Am..bestfrenz



ni geng vacation cik Am aritu,ke KK

okeylahhh...cik Am cau lu,pasni xtaw la bila pulak dapat update,busy je memanjang..
wassalammm



missing youuu...

salam..

lama sudah cik Am tak update blog kan? opss..bunyi cam bahasa limbang sudah,haha..maklum la sudah hampir setahun cik Am bekerja di sini. so far,di sini okey la,jauh dari kesibukan kota tapi tulah jauhh..membuatkan hati terusik mengimbau kenangan di batu pahat.

ya,berbeza sebenarnya semenanjung berbanding di sini. terutama dari segi makanan. Pasar malam pun xde disini,kalau ada pun,pasar malamnya macam gerai-gerai biasa sahaja tak smeriah pasar malam di batu pahat. tapi xpe,demi tugas ku gagahi jua(poyo pulak).

to my frenz,hampir setahun kita berpisah sejak keluar dari maktab..kalau sebut rindu ofcoz rindu. nak gathering pun time knduri kawen je,lau nak vacation mmg susah..masing-masing banyak komitmen. vacation aku ngan rakan sekerja je,diorang ni kaki jalan so okeyyy la..hehe..tapi xpe,one day aku nak gak hang out ngan my geng Aurora ni..

nak throwback la sikit...

mengimbau kenangan ke USS suatu masa dahulu..masa ni ringgit 2.3 je lagi

ratu bowling IPTHO

memandang jauh ke belakang..konvoipgm2015

trip to Langkawi..

okey..jumpa lagii..
wassalam

masuk ke alam dunia pekerjaan

salam..

diam tak diam,cik Am sudah pun melangkah ke fasa baru iaitu fasa pekerjaan yang penuh dengan onak dan duri. untuk makluman semua,cik Am telah pun posting di negeri bumi kenyalang,Sarawak. Pada awalnya rasa sangat down bila check posting ke Sarawak. tu lahhh degil sangat mintak negeri Kelantan. Memang ke sanalahh jawabnya. Namun,cik Am fikir positif sahaja.

Di Kuching,barula dapat tahu dapat sekolah mana. berdebar jugak,maklumlah sarawakkan luas. check punya check,check punya check...cik Am dapat di Limbang. SK limbang. Dalam fikiran,owh sekolah bandarlah kot,tapi jap jap,Limbang kat mane????? nampak tak naifnya cik Am dengan negeri Sarawak ni,bagus jugak dia hantar ke Sarawak ni. Di Kuching juga dia bagi kertas yang berkaitan dengan sarawak,peta,no.PPD dan banyak lagi.. cik Am pun tengok lah peta..


sekarang,try tengok,hahh..hujung sana?? Limbang dengan Kuching jauhh tuu...nasib baik tak hujung je..nasib cik Am la oii,kat maktab belajar sampai ke Johor,pun hujung jugak dalam peta,posting pun hujung juakkk la..:D

keesokkan pagi,berkumpul lah geng-geng yang dapat limbang juga,ramai juga la. cik Am ni trip kedua gi sana,yang trip pertama lagi ramai. Yang dapat satu sekolah cik Am pun dalam 4 orang cmtu,jadi rasa bersyukur jugak la,tak dela sorang-sorang sangat. Sampai-sampai je airport Limbang ,ada cikgu yang jemput kitorang terus bawak ke rumah sewa,memang tip top layanan mereka uruskan semua ni. Rasa terharu sangat maklumlah orang baru di limbang n Sarawak ni (tak pernah jejak sarawak). housemate cik Am terdiri daripada 2 orang doktor (baru posting jgk) ,dan 3 orang guru yang baru,seorang guru da setahun lebih posting (tapi dapat pindah semenanjung da..sob3)

Esoknya setelah rehat di rumah sewa yang baru,ada perjumpaan geng-geng perantau di limbang ni,jumpa la dengan cikgu lama. suai kenal dengan mereka ni. Rupanya kat Limbang ni ramai perantau semenanjung. lega lah sikit gundah di hati ni.

Hari Isnin cik Am berangkat ke Sekolah tumpang cikgu sekolah sama di taman yang sama (nampak tak lau Allah nak permudahkan :) ) . Bersambung nanti ya,..

musim internship

salam..

lama cik Am xupdate blog,kali ni cik Am nk update tentang program cik Am sebulan..cik Am sekarang di SK Bukit Naning untuk program internship..

program ini memerlukan kami student sem akhir ini membuat perancangan program atau projek di sekolah. Maktab cik Am menetapkan 3 projek bagi seorang guru pelatih..soooo..memang penat

cik Am ada tiga projek iaitu buat mural kat bengkel ,buat slot tazkirah (yang ni cik Am jadi MC je taw,bukan jd penceramah..hehe..),last buat pertandingan akuarium cantik. kira minggu ni cik Am sangat sibuk dengan aktiviti semua ni.

 ni mural cik Am yang telah siap-done projek 1

perbincangan bersama mentor

bagi tazkirah sikit la..:D

orait ,itu je laporan hari ini..daaaaaaaaa

dugaan..mungkin ada hikmah disebaliknya.

salam..

sihat?? cik Am sihat je,cuma tarikh 21 jun 2014 cik Am tak boleh lupa..kenapa? sebab pada tarikh tersebut pukul 9.45 malam cik Am eksiden..huhu.. nak cakap teruk tu tidaklah sangat cuma boleh tahan gak la pintu belakang belah kiri cik Am ni.. nak tgk?


hurm,kejadian ni first time terjadi sepanjang pemanduan cik Am..bila jadi macam ni mula la cik Am takut nak drive,upah driver jela nanti..hihi.. bab kete2 ni cik Am tak pandai sangat,jadi kesianlah kat abang cik Am yang terpaksa berurusan dari jauh dengan bengkel tu,. cik Am eksiden dengan kete jugak,nak kata sape salah tu cik Am pun tak tahu..sama2 salah kot,sebab trafik light kat situ memang pelik,sama2 hijau..cik Am nak belok dan dia dari arah hadapan nak terus..maka berlakulah perlanggaran..

mula2 cik Am selalu fikir,kenapa aku drive,kenapa jadi time ni,kenapa tak jadi lepas tamat belajar,da keje ke..tapi semua persoalan tu difikirkan balik,mungkin ada hikmah disebaliknya yang cik Am tak tahu..
sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik..

okeylah..kepada follower cik Am,hati-hati semasa memandu..
sekian..daaaaaaa

nak calon suami suka melancong,boleh?

salam..

cik Am tengah cuti semester bagi sem 7 sekarang ni.. tinggal satu semester lagi dalam menamatkan pengajian di dalam bidang perguruan ni..doakan cik Am berjaya ye..

tengah cuti-cuti ni cik Am kat umah je,sebab papa cik Am tak suka melancong,dia suka duduk umah je,kemas2 umah..hurm..tapi xpe,duk umah pun best jugak selagi ada tv,ad laptop..kan3?..penulisan cik Am kali ini hanya luahan isi hati sahaja,. :)

kan best kalau dapat lelaki suka melancong,cik Am ni suka sangat melancong,penat pun tak kisah,asalkan dapat jenjalan..melihat negeri orang..kalau dapat lelaki suka melancong,dapat la dia melayan dan memenuhi tempat2 yang cik Am tringin sangat nak kunjungi.

agak-agak ada tak di antara follower cik Am ni yang suka melancong?hihi
dalam malaysia,cik Am da melawat semua negeri da kecuali sabah n sarawak..so,sabah n sarawak pun trmasuk dalam tempat wish list cik Am..
kalau negara luar cik Am da jejak dua negara,walaupun hnya beberapa tmpt je kat ngara tu tp ok la,kira da pernah pergi..cik Am pernah jejak ngara thailand dan singapura,negara jiran kita.. untuk wishlist negara luar,cik Am tringin nak melawat korea,abu dhabi,maldives,australia dan semestinya mekah dan madinah..bestkan kalau dapat jadikan wishlist kenyataan..:D.. ada sape2 pernah pergi tempat2 ni? sharelah pengalaman..hihi.. negara di eropah tu tringin jugak nak jejak tapi tulah,yang di wishlist pun blm pasti dpt ke tak..

ok la,kpd awak bakal suami..harap awk suka jenjalan..kita melancong around the world okeyh? hihi..

Le Tour De: LANGKAWI (2)

salam..

aritu cik Am bercerita sedikit sebanyak tentang perjalanan cik Am n da geng ke Langkawi. kali ini,cik Am nak biar gambar berbicara.. jom layan je gambar ye.. :D

berselfie bersama praktikumate.. :D otw ke skycab

sekarang kami berada di puncak gunung mat cincang dengan menaiki kereta kabel,tinggi wooo.. masa ni nampak air terjun telaga tujuh cuma airnya kering,xjd air terjun la..

senget? apa lagi terbalikkan la sikit laptop tu lau nak tengok..hihi.. ni kitorg makan kat EE burger.. mmg sedapp..

kami tengah ber"island Hopping" sangat best.. pergi jalan2 tiga pulau 
jom pegi tengok helang..banyak helang tau kat sini..ada helang laut dan helang merah,helang laut warna putih dan besar sikit..katanya pemandu bot ni kat kitorang..hehe

cer teka? takpelah lambat korang ni,ni kitorang pergi melawat nenek kitorang jugak tasik dayang bunting...cantik tempat dia dan yang penting ada sejarahnya sendiri

jumpa member cik Am dekat UnderWaterWorld Langkawi tapi tak under sangat la sebab masa cik Am pegi ni terowong yg masuk dalam laut tu xde..xbest! rasa cam membazir je beli tiket nak masuk,mahal.

nah,nampak tak resitnya yang banyak? maksudnya cik Am banyak shopping la ni.. :D

eagle and us.. the making of.. :D

tempat ni nama dy dataran helang,tempat wajib nak ambik gambar..:D
last tempat persinggahan sebelum fly balik ,kilang minyak gamat langkawi..
ok,itu je..daaaaaaaa

suka??klik je