salam..
cuti penggal pertama sudah pun berlalu. Setiap orang ada agendanya bagi memenuhi aktiviti masa cuti. begitu jugak cik Am dan geng Aurora. sebenarnya ni percutian Aurora tetapi dua orang ahli aurora tidak dapat mengikuti percutian kali ini. oleh itu,penambahan dua orang rakan lain yang ada masa untuk join sekali percutian ini melengkapkan group aurora enam orang. ha,yang dua orang tak dapat pergi,meh sini cik Am nak cerita sikit tentang percutian kami.
destinasi kami kali ini ialah LANGKAWI.. tempat mahsuri tapi kami tak pergi pun melawat mahsuri. sory nek,cucu tak pergi melawat nenek. kami pergi dengan menaiki flight air asia. Alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun takut jugak disebabkan berita kehilangan MH370 .
 |
| sempat lagi amek gambor my flight |
untuk pengetahuan semua,cik Am ni baru pertama kali naik flight so macam jakun sikit la. nasib baik la tak de masalah pape pun sepanjang jalan ni. masa nak naik tu best,baru lah cik Am merasai prasaan orang yang naik flight kali pertama ni.hihi..lama-lama naik flight ni rasa pening pulak ke sebab naik air asia,yang naik MAS tu ok tak? ada pening2? :D ( tanya jela,nak naik MAS tak mampu..)
tiket kul 11.45 tapi delay sejam jadi kul 12 lebey baru terbang sayapnya. sampai-sampai je da ada bro kreta sewa avanza menanti. kami sewa rm 140 sehari,tapi sebab kami berenam,hanya kongsi duit jela. jalan ngan kereta yang dipandu sendiri mmg best tak payah nak rushing sangat. Macam biasa bila Aurora pergi bercuti mesti diagihkan tugasnya,cik Am ditugaskan sebagai ajk tentatif program.ha,korang mampu agihkan tugas macam ni? yang uruskan kereta sewa n flight tu tugas ajk pengangkutan. ada macam-macam lagi ajk. sebab tubuhkan ajk ni supaya perjalanan sentiasa berjalan lancar sambil enjoy.
kami menginap di Hotel Bahagia bilik studio.hotel ini terletak di pekan kuah. Bilik ni ada 6 buah katil. sebenarnya pakej hotel ni sekali dengan tiket flight dan breakfast setiap hari selama 4 hari 3 malam hanya rm 154 mcm tu,murah tak? ha,sebab tu kita kena rajin intai-intai page air asia. hotel dia bagus,tapi pengurusan dia tak cekap sangat. makanan setiap pagi tu sedap-sedap dan banyak pilihan. makanan untuk sarapan pagi da jimat da kat situ,tinggal makan lunch dan dinner jela yang kena guna duit sendiri.
lepas da check ini,cik Am dan kwn-kwn cik Am lepak-lepak dalam bilik je,sebab aktiviti hari pertama ini adalah aktiviti bebas. nak jalan sekitar hotel pun boleh. untuk makan malam,asalnya kitorang nak makan di restoran bambo beach,duk pusing-pusing mencari tapi tak jumpa-jumpa jugak. last2 jumpa rupanya restoran tu tengah renovate. so,ingat nak makan kat sebelahnya sebab tengok cantik je restoran tu. apa nama? apa nama? lupa la pulak nama dia.. tapi tak jadi sebab tengok dalam menu ada carlsberg,giloo r cek lau makan tmpat tu,tapi macam mana ada papan pilihan jalan-jalan cari makan kat situ. pelik pulak. so,kami makan je la kat kedai biasa je,lupa nama kedai tu..balik-balik bilik je da ngantuk,so hari kedua cik Am update nanti ye.. panjang sangat la ak cerita.
ok u ollz.. daaaaaaaaaaaaaaa