BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Berkelah di Air Terjun Bekok

salam..

Tajuk entri ni dah macam tajuk karangan UPSR kan?
karangan ke tak karangan ke yang penting nak cerita tentang perkelahan kami yang berlangsung pada hari semalam. cewah,ayat tak boleh blah,k bye.

papepun,kasi up dulu la gambar baru leh hola hola ...






okey,ni buddyz cik Am.. semua cikgu-cikgu la ni,kalau nak usha-usha,maaf lah semua da berpunya. cik Am je duk menunggu JEP ,seribu tahun takkan mungkin la tu kan,berangan je lebih.

kami gerak konvoi dengan bantuan geng-geng myvi club,yang ni cik Am propa je,kami gerak naik dua buah kreta myvi je,xde la myvi club sgt.Awal-awal pagi lagi kami bangun,nak sediakan bekalan seperti di dalam gambar tu..

Setibanya kami di sana,haha okey fine ayat karangan lagi. ni salah satu air terjun yang tidak berbayar,masuk adalah PERCUMA .. xde tol dan sebagainya. yelah,air terjun ni dekat area segamat dari tempat cik Am memang la tak de tol,xtaw la dari tempat korg,. :D . airnya sungguh nyaman dan menyegarkan,tapi cik Am xmandi la,sebab itulah cik Am pakai baju macam nk g mall je,merah mak ngah,kau.. sejuk kot airnya,cik Am rendam kaki je pun da gigil tahap beruang kalau xde kulitnya tu.  ha,kritikalkan tu. 

tapi tgk member mandi pun da rasa seronok dan beronok-ronok. Disebabkan cik Am tak mau mandi,cik Am diamanahkan oleh member untuk,okey jom tgk plak gambar nextnya..




untuk jadi kamera woman. amek kau xnak mandi sgt.. tapi xpe,kita ambik gambar sendiri pun boleh,hehe..spek tu paling mahal rm 1.80,okeyh..:D
pertama kali dalam idup cik Am ,pakai ksut tumit tinggi jungle trekking,kau mampoo? kitorg pilih "putt" (gaya si shahrol dalam Ustaz,Mu Tunggu Aku Dtg) yang bagus dan tak delah nak menonjol sgt depan org ramai,maklum la gurlz-gurlz ni nak privasi ,nak kuak lentang,kuak kupu-kupu dan sebagainya kat port baik punyer tu.

jom layan gambar selebihnya

ni cik Am bersama rakan praktikum 1,2 dan 3

yang ni pulak cik Am bersama dengan rumet tersayang selama 4 thun lebih

Trip perkelahan ni merupakan trip pertama bagi tahun 2014 ni,masa hanya tinggal kurang setahun lagi untuk kami luangkan masa bersama-sama. Banyak lagi trip yang dirancang ni,nanti cik Am update lagi ye.

so,kepada yang ingin bermandi-manda disini,bolehlah datang bila-bila masa sahaja,memang tempat baik untuk tenangkan minda dan fizikal kita dari segala stress. Nasihat cik Am jangan buang sampah merata-rata,majulah pusat pelancongan demi ekonomi negara,haha.. macam duta cuti-cuti Malaysia pulak cik Am ni. :D

okey,last ni gambar me n him today punye pulak.. hihi.. papepun sentiasa la doakan mimpi jadi kenyataan ni ye



sekarang ni cik Am tgh angau dengan mamat sebelah ni,jadi layankan je cik Am ni ye,. jangan meluat lak..hihi..mana tau kalau doa dimakbulkan t cik Am pegi umah korg ngan mamat ni..(berangan di siang hari)

okey.. daaa.. Assalamualaikum

0 kupu-kupu:

suka??klik je