salam..
lama cik Am xupdate blog,kali ni cik Am nk update tentang program cik Am sebulan..cik Am sekarang di SK Bukit Naning untuk program internship..
program ini memerlukan kami student sem akhir ini membuat perancangan program atau projek di sekolah. Maktab cik Am menetapkan 3 projek bagi seorang guru pelatih..soooo..memang penat
cik Am ada tiga projek iaitu buat mural kat bengkel ,buat slot tazkirah (yang ni cik Am jadi MC je taw,bukan jd penceramah..hehe..),last buat pertandingan akuarium cantik. kira minggu ni cik Am sangat sibuk dengan aktiviti semua ni.
musim internship
Dicatat oleh amniey91 di 11:15 PG 0 kupu-kupu
dugaan..mungkin ada hikmah disebaliknya.
salam..
sihat?? cik Am sihat je,cuma tarikh 21 jun 2014 cik Am tak boleh lupa..kenapa? sebab pada tarikh tersebut pukul 9.45 malam cik Am eksiden..huhu.. nak cakap teruk tu tidaklah sangat cuma boleh tahan gak la pintu belakang belah kiri cik Am ni.. nak tgk?
hurm,kejadian ni first time terjadi sepanjang pemanduan cik Am..bila jadi macam ni mula la cik Am takut nak drive,upah driver jela nanti..hihi.. bab kete2 ni cik Am tak pandai sangat,jadi kesianlah kat abang cik Am yang terpaksa berurusan dari jauh dengan bengkel tu,. cik Am eksiden dengan kete jugak,nak kata sape salah tu cik Am pun tak tahu..sama2 salah kot,sebab trafik light kat situ memang pelik,sama2 hijau..cik Am nak belok dan dia dari arah hadapan nak terus..maka berlakulah perlanggaran..
mula2 cik Am selalu fikir,kenapa aku drive,kenapa jadi time ni,kenapa tak jadi lepas tamat belajar,da keje ke..tapi semua persoalan tu difikirkan balik,mungkin ada hikmah disebaliknya yang cik Am tak tahu..
sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik..
okeylah..kepada follower cik Am,hati-hati semasa memandu..
sekian..daaaaaaa
Dicatat oleh amniey91 di 2:28 PG 0 kupu-kupu
nak calon suami suka melancong,boleh?
salam..
cik Am tengah cuti semester bagi sem 7 sekarang ni.. tinggal satu semester lagi dalam menamatkan pengajian di dalam bidang perguruan ni..doakan cik Am berjaya ye..
tengah cuti-cuti ni cik Am kat umah je,sebab papa cik Am tak suka melancong,dia suka duduk umah je,kemas2 umah..hurm..tapi xpe,duk umah pun best jugak selagi ada tv,ad laptop..kan3?..penulisan cik Am kali ini hanya luahan isi hati sahaja,. :)
kan best kalau dapat lelaki suka melancong,cik Am ni suka sangat melancong,penat pun tak kisah,asalkan dapat jenjalan..melihat negeri orang..kalau dapat lelaki suka melancong,dapat la dia melayan dan memenuhi tempat2 yang cik Am tringin sangat nak kunjungi.
agak-agak ada tak di antara follower cik Am ni yang suka melancong?hihi
dalam malaysia,cik Am da melawat semua negeri da kecuali sabah n sarawak..so,sabah n sarawak pun trmasuk dalam tempat wish list cik Am..
kalau negara luar cik Am da jejak dua negara,walaupun hnya beberapa tmpt je kat ngara tu tp ok la,kira da pernah pergi..cik Am pernah jejak ngara thailand dan singapura,negara jiran kita.. untuk wishlist negara luar,cik Am tringin nak melawat korea,abu dhabi,maldives,australia dan semestinya mekah dan madinah..bestkan kalau dapat jadikan wishlist kenyataan..:D.. ada sape2 pernah pergi tempat2 ni? sharelah pengalaman..hihi.. negara di eropah tu tringin jugak nak jejak tapi tulah,yang di wishlist pun blm pasti dpt ke tak..
ok la,kpd awak bakal suami..harap awk suka jenjalan..kita melancong around the world okeyh? hihi..
Dicatat oleh amniey91 di 1:21 PG 0 kupu-kupu
Le Tour De: LANGKAWI (2)
salam..
aritu cik Am bercerita sedikit sebanyak tentang perjalanan cik Am n da geng ke Langkawi. kali ini,cik Am nak biar gambar berbicara.. jom layan je gambar ye.. :D
![]() |
berselfie bersama praktikumate.. :D otw ke skycab |
![]() |
sekarang kami berada di puncak gunung mat cincang dengan menaiki kereta kabel,tinggi wooo.. masa ni nampak air terjun telaga tujuh cuma airnya kering,xjd air terjun la.. |
![]() |
senget? apa lagi terbalikkan la sikit laptop tu lau nak tengok..hihi.. ni kitorg makan kat EE burger.. mmg sedapp.. |
![]() |
kami tengah ber"island Hopping" sangat best.. pergi jalan2 tiga pulau |
![]() |
jom pegi tengok helang..banyak helang tau kat sini..ada helang laut dan helang merah,helang laut warna putih dan besar sikit..katanya pemandu bot ni kat kitorang..hehe |
![]() |
cer teka? takpelah lambat korang ni,ni kitorang pergi melawat nenek kitorang jugak tasik dayang bunting...cantik tempat dia dan yang penting ada sejarahnya sendiri |
![]() |
jumpa member cik Am dekat UnderWaterWorld Langkawi tapi tak under sangat la sebab masa cik Am pegi ni terowong yg masuk dalam laut tu xde..xbest! rasa cam membazir je beli tiket nak masuk,mahal. |
![]() |
nah,nampak tak resitnya yang banyak? maksudnya cik Am banyak shopping la ni.. :D |
![]() |
eagle and us.. the making of.. :D |
![]() |
tempat ni nama dy dataran helang,tempat wajib nak ambik gambar..:D |
![]() |
last tempat persinggahan sebelum fly balik ,kilang minyak gamat langkawi.. |
Dicatat oleh amniey91 di 12:56 PG 0 kupu-kupu
Label: holiday trip
anak buah baru : Raudhah Ajwa
salam.. cik Am update lagi sekali untuk story morry uollz..
cik Am da dapat anak buah baru.. gegurl n namanya Raudhah Ajwa. si bulat yang comel anak kepada kak long cik Am. nak layan gambar anak buah? jom layan..zassssss!
![]() |
si bam bam tido je koje |
![]() |
si bulat nak mandi |
![]() |
tumpang jugak nak bergambo |
Dicatat oleh amniey91 di 12:57 PTG 0 kupu-kupu
Le tour de : LANGKAWI (1)
salam..
cuti penggal pertama sudah pun berlalu. Setiap orang ada agendanya bagi memenuhi aktiviti masa cuti. begitu jugak cik Am dan geng Aurora. sebenarnya ni percutian Aurora tetapi dua orang ahli aurora tidak dapat mengikuti percutian kali ini. oleh itu,penambahan dua orang rakan lain yang ada masa untuk join sekali percutian ini melengkapkan group aurora enam orang. ha,yang dua orang tak dapat pergi,meh sini cik Am nak cerita sikit tentang percutian kami.
destinasi kami kali ini ialah LANGKAWI.. tempat mahsuri tapi kami tak pergi pun melawat mahsuri. sory nek,cucu tak pergi melawat nenek. kami pergi dengan menaiki flight air asia. Alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun takut jugak disebabkan berita kehilangan MH370 .
![]() |
sempat lagi amek gambor my flight |
tiket kul 11.45 tapi delay sejam jadi kul 12 lebey baru terbang sayapnya. sampai-sampai je da ada bro kreta sewa avanza menanti. kami sewa rm 140 sehari,tapi sebab kami berenam,hanya kongsi duit jela. jalan ngan kereta yang dipandu sendiri mmg best tak payah nak rushing sangat. Macam biasa bila Aurora pergi bercuti mesti diagihkan tugasnya,cik Am ditugaskan sebagai ajk tentatif program.ha,korang mampu agihkan tugas macam ni? yang uruskan kereta sewa n flight tu tugas ajk pengangkutan. ada macam-macam lagi ajk. sebab tubuhkan ajk ni supaya perjalanan sentiasa berjalan lancar sambil enjoy.
kami menginap di Hotel Bahagia bilik studio.hotel ini terletak di pekan kuah. Bilik ni ada 6 buah katil. sebenarnya pakej hotel ni sekali dengan tiket flight dan breakfast setiap hari selama 4 hari 3 malam hanya rm 154 mcm tu,murah tak? ha,sebab tu kita kena rajin intai-intai page air asia. hotel dia bagus,tapi pengurusan dia tak cekap sangat. makanan setiap pagi tu sedap-sedap dan banyak pilihan. makanan untuk sarapan pagi da jimat da kat situ,tinggal makan lunch dan dinner jela yang kena guna duit sendiri.
lepas da check ini,cik Am dan kwn-kwn cik Am lepak-lepak dalam bilik je,sebab aktiviti hari pertama ini adalah aktiviti bebas. nak jalan sekitar hotel pun boleh. untuk makan malam,asalnya kitorang nak makan di restoran bambo beach,duk pusing-pusing mencari tapi tak jumpa-jumpa jugak. last2 jumpa rupanya restoran tu tengah renovate. so,ingat nak makan kat sebelahnya sebab tengok cantik je restoran tu. apa nama? apa nama? lupa la pulak nama dia.. tapi tak jadi sebab tengok dalam menu ada carlsberg,giloo r cek lau makan tmpat tu,tapi macam mana ada papan pilihan jalan-jalan cari makan kat situ. pelik pulak. so,kami makan je la kat kedai biasa je,lupa nama kedai tu..balik-balik bilik je da ngantuk,so hari kedua cik Am update nanti ye.. panjang sangat la ak cerita.
ok u ollz.. daaaaaaaaaaaaaaa
Dicatat oleh amniey91 di 12:50 PTG 0 kupu-kupu
Label: holiday trip
kegilaan berselfie
salam..
sementara ada masa free pagi ini,cik Am nak update la blog yang berhabuk dgn tak berhabuk sama banyak ni. Tahukah anda praktikum kali ini merupakan praktikum paling banyak cik Am berselfie.. korang tau ke selfie tu apa? kalau tau tak pelah..hihi.. tak tahu kenapa bila boring je cik Am amek gambo sorang-sorang.. hihi . tak tahulah tu ada cikgu lain prasan tak. :D kalau prasan malu beb
lepas da amik gambar tu cik Am akan masukkan dalam instagram cik Am. nak follow? errr..lau korang follow malu la cik Am,sebab banyak gambar cik Am je..tak penting pun gambar cik Am tu,tapi kalau korang nak follow jugak untuk tgk cik Am berselfie macam gini. follow SINI
ha,nampak tak kegilaan aku berselfie skrg ni. mr.J bukan nak tengok pun cik Am ni,sebelah mata pun tidak..huhu.. hope kamu sedar kehadiran cik Am ni.. :D
ok daaaaaa
Dicatat oleh amniey91 di 8:07 PG 0 kupu-kupu
lensa praktikum akhirku
Hari ini cik Am kebosanan,maklumlah tamat sudah kelas hari ini.. oh ya,cik Am belom cerita pun tentang sekolah dan murid-murid cik Am kat sini ye. esok cik Am nak kena observe ngan pensyarah,so scary,tapi just rileks yolah..:D
cik Am da mula praktikum da sebulan da,tapi mashaAllah asyik tak tercapai je objektif pengajarannya. tak tau la nak cakap cikgunya yang ajar xbetol atau budak2 ni sangat naif sebab kosa katanya kurang. Oleh itu,perkataan yang cikgu sebut perlulah selaras dengan kefahaman murid. kalau tidak,murid akan blurrrr..
Untuk subjek KH cik Am dapat darjah 4 dan darjah 5 manakala subjek Bahasa Melayu pulak cik Am dapat darjah 3. secara keseluruhan kelas,cik Am sangat puas hati dengan darjah 4. walaupun kelas hujung tapi tahu hormat guru tu ada dalam diri murid.
kat sekolah cik Am dapat unit beruniform pengakap,walhal cik Am ni KRS. tapi xpelah jadi cikgu kena serba bolehkan.
nak tengok gambar?
jom layan..
![]() |
time ni cik Am sampai sekolah jam 6.45 pagi,awal ke idok?? haha |
![]() |
Baris!!! baris sedia!! latihan kawad la katakan :D |
![]() |
time ni sekolah buat latihan merentas desa,so kami pun join budak2 merentas desa..tapi tak merentas desa sangat ponn.. |
![]() |
halooo.. saya leftenan muda Amni.. hihi |
![]() |
yang ni paling tak boleh blah..ada pulak eja namaku Army..sob3 |
tahun ni tahun last,tak sabor rasa nak habis belajar..
wish me luck ye.. :D
to my jep : kenapa la kecoh kita tunang ni,sampai kat dalam metro kuar,malu i.. hihi
daaaaaaaaaa
Dicatat oleh amniey91 di 1:04 PTG 0 kupu-kupu
tamat MLM 2013
salam..
MLM 2013 atau Maharaja Lawak Mega 2013 telah pun melabuhkan tirainya. so,tak dapat lah kita menonton lawak mereka secara live di tv lagi. kita hanya boleh tengok siaran ulangan je,al maklumlah astro ni banyak siaran ulangan.
to my love yang kat bawah ni,cik Am ucapkan tahniah sebab juara MLM bersama ahli sepahtu yang lain n dapat anugerah bintang tv meletop. memang rezeki awak lah tahun ni,saya doakan awak bahagia selalu..hihi.. n soalan cepumas bila nak masuk minang saya?? haha..
ok la,kepada fan dia ni,jangan marah ,saje je nak tanya,kalau betol pun apa salahnya,hihi
tgk tu,org ckp pasal dia,dia duk main fon je kan..
sbg pencinta awk ni,saya ucapkan tahniah,saya sokong apa saja awak buat ye,janji xlanggar hukum Allah.. to blogger faraheartbeat ,jangan jeles k..:D
now,cik Am nak ucapkan tahniah jugak kepada kumpulan shiro..
walaupun korang naib juara namun korang sentiasa juara di hati cik Am dan peminat yang lain,sbb korang mmg paling best n meletopppp.. sntiasa konsisten setiap minggu,tidak mengecewakan saya bagi 10 bintang..haha, MLM 2012 korang no.3 ,MLM 2013 korang no.2 , inshaAllah MLM 2014 nanti korang JUARA..:D
yang paling cik Am minat mamat kat bawah ni
to shahrol shiro,cik Am minat sangat ngan lawak shahrol,yang paling penting cik Am suka lesung pipit tu..boleh bagi x? haha..
kepada follower cik Am,jangan salah faham ye,cik Am sayang jep ye,shahrol ni cik Am salah sorang fan dia,cik Am minat sangat ngan dy.. nmpak tak beza nya peminat n pencinta tu? haha
asyik ulang ayat yang sama je kalau ada orang tanya nak jep ke nak shahrol?
ok la,itu saja.. lain kali cik Am sambung balik.
wassalam
p/s : tertekan ngan praktikum lagi,esaimen nak anta lagi..huhu..bila nak abis belajar.
Dicatat oleh amniey91 di 9:16 PTG 0 kupu-kupu
official twitter cerita tentang kita :D
salam..
bertemu kembali kita dalam entri seterusnya..
hari ini cik Am nak bercerita tentang TWITTER..
sape di antara follower cik Am ada twitter? habaq mai la..
kita boleh story morry together-gether kan..
yang tak follow lagi jom follow cik Am di SINI
yang atas ni la twitter cerita tentang kita yang official punye.. so,apa tunggu lagi,jom follow..
sebenarnya cik Am tak tahu menahu pun tentang twitter ni cuma belajar la sikit2,klau kome smua tahu,cuba ajar cik Am nak brkomunikasi dekat situ ye..
ok,lah cik Am nak cerita tentang twitter blog ni je,.
daaaaaaaaaaaaaaaa
arini xde gambar jep,next time la cik Am update ye..tp doakan cik Am ngan dia tau,jangan lupa..:D
Dicatat oleh amniey91 di 12:43 PG 0 kupu-kupu
Berkelah di Air Terjun Bekok
salam..
Tajuk entri ni dah macam tajuk karangan UPSR kan?
karangan ke tak karangan ke yang penting nak cerita tentang perkelahan kami yang berlangsung pada hari semalam. cewah,ayat tak boleh blah,k bye.
papepun,kasi up dulu la gambar baru leh hola hola ...
okey,ni buddyz cik Am.. semua cikgu-cikgu la ni,kalau nak usha-usha,maaf lah semua da berpunya. cik Am je duk menunggu JEP ,seribu tahun takkan mungkin la tu kan,berangan je lebih.
kami gerak konvoi dengan bantuan geng-geng myvi club,yang ni cik Am propa je,kami gerak naik dua buah kreta myvi je,xde la myvi club sgt.Awal-awal pagi lagi kami bangun,nak sediakan bekalan seperti di dalam gambar tu..
Setibanya kami di sana,haha okey fine ayat karangan lagi. ni salah satu air terjun yang tidak berbayar,masuk adalah PERCUMA .. xde tol dan sebagainya. yelah,air terjun ni dekat area segamat dari tempat cik Am memang la tak de tol,xtaw la dari tempat korg,. :D . airnya sungguh nyaman dan menyegarkan,tapi cik Am xmandi la,sebab itulah cik Am pakai baju macam nk g mall je,merah mak ngah,kau.. sejuk kot airnya,cik Am rendam kaki je pun da gigil tahap beruang kalau xde kulitnya tu. ha,kritikalkan tu.
tapi tgk member mandi pun da rasa seronok dan beronok-ronok. Disebabkan cik Am tak mau mandi,cik Am diamanahkan oleh member untuk,okey jom tgk plak gambar nextnya..
untuk jadi kamera woman. amek kau xnak mandi sgt.. tapi xpe,kita ambik gambar sendiri pun boleh,hehe..spek tu paling mahal rm 1.80,okeyh..:D
pertama kali dalam idup cik Am ,pakai ksut tumit tinggi jungle trekking,kau mampoo? kitorg pilih "putt" (gaya si shahrol dalam Ustaz,Mu Tunggu Aku Dtg) yang bagus dan tak delah nak menonjol sgt depan org ramai,maklum la gurlz-gurlz ni nak privasi ,nak kuak lentang,kuak kupu-kupu dan sebagainya kat port baik punyer tu.
jom layan gambar selebihnya
![]() |
ni cik Am bersama rakan praktikum 1,2 dan 3 |
![]() |
yang ni pulak cik Am bersama dengan rumet tersayang selama 4 thun lebih |
Trip perkelahan ni merupakan trip pertama bagi tahun 2014 ni,masa hanya tinggal kurang setahun lagi untuk kami luangkan masa bersama-sama. Banyak lagi trip yang dirancang ni,nanti cik Am update lagi ye.
so,kepada yang ingin bermandi-manda disini,bolehlah datang bila-bila masa sahaja,memang tempat baik untuk tenangkan minda dan fizikal kita dari segala stress. Nasihat cik Am jangan buang sampah merata-rata,majulah pusat pelancongan demi ekonomi negara,haha.. macam duta cuti-cuti Malaysia pulak cik Am ni. :D
okey,last ni gambar me n him today punye pulak.. hihi.. papepun sentiasa la doakan mimpi jadi kenyataan ni ye
sekarang ni cik Am tgh angau dengan mamat sebelah ni,jadi layankan je cik Am ni ye,. jangan meluat lak..hihi..mana tau kalau doa dimakbulkan t cik Am pegi umah korg ngan mamat ni..(berangan di siang hari)
okey.. daaa.. Assalamualaikum
Dicatat oleh amniey91 di 2:09 PG 0 kupu-kupu
Label: holiday trip
Demam Maharaja Lawak Mega 2013
salam..
dah lame cik Am x update entri kan?
ok,untuk makluman semua,cik Am skrg berada di tahun akhir pengajian perguruan,hampir selangkah lagi untuk menjadi guru. sekejap je masa berlalu..
kali ni cik Am nak update tentang Maharaja Lawak Mega 2013. okey,cik Am minat sgt dgn kumpulan SHIRO .. nampak usaha diorg untuk membuat org gelak.. dari minggu 1 hingga kini semua lawaknya bagus..
Diorang ni org kluang,cik Am kat batu pahat,xla jauh sgt tp xpenah jumpa dyorg secara live. tapi xpela,tgk dalam tv pun jadilah.. cik Am ni sebenarnya xkenal pun SHIRO ni,bila adik cik Am syok je tgk SHIRO kat MLM,cik Am pun join skali layan..last2 cik Am lak terpikat.. cewahhh...
Minggu yang cik Am paling suka minggu ke-5 yang si Shahrol jadi Mujibur dari Bangladesh.. yang tu serius lawak tahap xingat. cik Am da tgk lebih 5 kali video MLM minggu 5 tu,tp still xpuas tgk..
sape yang tengok time ni,serius gelak punye.. mcm mana dyorg dapat idea nk buat lawak ni.
tapikan bila cik Am duk ngadap Maharaja Lawak ni kan,cik Am terfikir,yakin dan beraninya dyorg mengadap ribuan penonton setiap minggu ye.. mcm mana pulak cik Am nk jd yakin dan berani begitu di hadapan murid. cik Am still lagi rasa gugup ketika mengajar . kalau lah dapat serap sedikit ilmu dari geng-geng lawak ni,kan best.. :D
ok lah,cik Am skunk ni tgh demam Maharaja Lawak Mega ni,so,apa lagi kalau minat ngan SHIRO ni,undi lah dyorg.. saingan kali ini lebih hebat dengan kehadiran SEPAHTU.. tu kumpulan hebat wooo.. kepada SHIRO,cik Am ucapkan gud luck,bila da berjaya jangan dilupa pada yang ESA ye... Shahrol n Ajak gandingan hebat buat SHIRO.. gua salute lu,bro..
last.. cik Am nak tunjuk sikit pakwe cik Am yang dikasihi..doa-doa lah mimpi jd kenyataan.. :D
ok,daaa.. assalamualaikum..
Dicatat oleh amniey91 di 2:07 PG 0 kupu-kupu