BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

sape sakit kepala?? KLIK SINI..:)

Hai semua...
cuaca yang tak menentu buat kepala cik Am rasa sakit pulak..korang macam mana..
kali ini cik Am nak cerita pasal "sakit kepala dan penyelesaiannya"



Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak
jenisnya. 


Penjagaan Sendiri Untuk Mengawal Sakit Kepala

• Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan
• Mandi
• Tutup mata anda dengan kain basah
• Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala
• Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.

• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda



kita juga perlu mengubah tabiat biasa kita dan mengamalkan tabiat yang baru untuk mengelakkan sakit kepala berlaku dengan kerap..iaitu:

Tabiat Baru

  • Belajar untuk beristirehat
  • Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
  • Senam selalu dan jadilah bertenaga.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
  • Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
  • Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
  • Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
  • Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak. 
  • Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.



ha...diharapkan info yang cik Am bagi ini dapat membantu anda yang sakit kepala macam cik Am ni..hihi..
tapi sekiranya sakit kepala anda semakin teruk,atau berlarutan,elok la berjumpa dengan doktor...:D

ok..itu je...
selamat beramal..haha
k..daaaaaaaaaaaaa 

sape tak pernah rasa DAGING ARNAB,mai klik SINI

hai semua...


ok..cik Am tak nak bebel panjang...
korang pernah makan daging arnab tak??


kalau tak pernah cik Am rasa baik korang try..dagingnya sedap,manis n banyak lagi la...yang penting...
khasiatnya pun banyak...




ada yang xsuka daging arnab sebab diorang bayangkan arnab ni macam kucing...ish3..(cam terasa jek..:))
tapi kita mesti tahu yang daging arnab ini halal dimakan...
cik Am serius cakap,tak boleh tgk arnab kena sembelih..nanti kesian..untuk elakkan perasaan kesian ini,cik Am tak tgk la arnab kena sembelih..tahu2 je sate arnab tersedia..haha...





Daging arnab dikatakan mampu merawat pelbagai jenis masalah.. Antaranya;

- masalah pencernaan. daging arnab mudah dihadam
- tekanan darah tinggi dan gout
- demam malaria
- penyakit asma
- kencing tidak lawas
- dapat mengempiskan perut
Dikatakan juga daging arnab ini mampu meningkatkan tenaga batin lelaki dan bagi wanita, hempedu arnab ini baik utk kesuburan.
ha..tahukan anda!!
daging arnab merupakan salah satu daging yang rendah lemak dan mengandungi kadar protein yang tinggi...
kalau tak tahu..xpe..jom makan daging arnab..yummy...

p/s: mengidam sate arnab...sape nak bg..huhu..:(
ok..itu je...
daaaaaaaaaaaaaaaa

gajus?? euwwwwwww......

hai semua...


pertama sekali,cik Am nak ucap tahniah kepada terengganu...
yeay...anda menang...tapi cik Am kalah...huhu


sabar ye kepada penyokong kelantan dan jugak kepada pasukan kelantan..
you all are the best...


usaha lebih gigih untuk masa akan datang pulak ye...:D


ok...cik Am bukan nak cakap pasal tu sekarang..
nak cite sal "Gajus" ada sape pernah dengar??
kalau dalam bahasa kelantan dikenali sebagai buah "teghe" pandai sebut x?? lau xpandai,jangan sebut..hehe..nanti jadi cam siam lak dengar..




gajus merupakan buah yang sangat berbeza daripada buah lain sebabnya bijinya diluar...
erm....kalau cik Am,cik Am suka makan bijinya,..buahnya kurang sikit..hihi..:D


tahukah anda!!!


gajus juga mempunyai khasiat yang baik untuk "gigi"
iaitu ia dapat menguatkan gigi..


Gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium, zat besi dan pottasium.

Kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, pantothenic, vitamin C, vitamin E, niacin, folat, riboflavin, dan thiamin juga membuatkan kacang dari Brazil ini kaya dengan nilai perubatan.


Kandungan sodium yg tinggi menjadikan gajus berpotensi dalam mengubati penyakit hipertensi dan diabetes. Sedangkan fiber semulajadi yg terkandung di dalam gajus mampu memelihara kesihatan gusi dan gigi sekiranya individu mengunyahnya dengan kerap.



Selain itu, gajus juga mengandungi antioksidan yg mampu mengurangkan risiko kanser serta penyakit karsinogenik. Untuk wanita menopaus, pengambilan gajus dalammenu harian dapat membantu menyenyakkan tidur, mengubati insomnia dan iritasi


baru taw??
kalau camtu jom makan gajus...
t boleh jadi model iklan darlie...haha

ok..itu je...
daaaaaaaaaaaaa

suka??klik je