Hai semua...
cuaca yang tak menentu buat kepala cik Am rasa sakit pulak..korang macam mana..
kali ini cik Am nak cerita pasal "sakit kepala dan penyelesaiannya"
Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak
jenisnya.
• Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan
• Mandi
• Tutup mata anda dengan kain basah
• Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala
• Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda
kita juga perlu mengubah tabiat biasa kita dan mengamalkan tabiat yang baru untuk mengelakkan sakit kepala berlaku dengan kerap..iaitu:
Tabiat Baru
- Belajar untuk beristirehat
- Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
- Senam selalu dan jadilah bertenaga.
- Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
- Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
- Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
- Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
- Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
- Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
ha...diharapkan info yang cik Am bagi ini dapat membantu anda yang sakit kepala macam cik Am ni..hihi..





0 kupu-kupu:
Catat Ulasan