Salam...
hari ini daripada menjadi Dr.cinta,cik Am jadi Dr.kesihatan pulak..hihi
ada sape2 suka coklat x??
cik Am sangat suka coklat...kalau cik Am rasa nak marah..cik Am makan coklat..rasa marah kurang ckit..
kali ni cik Am bukan nak cakap pasal marah...
tapi pasal coklat...:)
adakah anda tahu yang coklat memberi banyak khasiat kepada kita??
jom kita lihat khasiat coklat
Khasiat Coklat
- ü Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
- ü Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
- ü Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
- ü Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
- ü Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.
- ü Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
- ü Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.
- ü Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
- ü Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres. yang ni cik Am sangat setuju..hihi...cik Am pun rasa camtu...
- ü Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.
- ü Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
- ü Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).
- ü Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.
ü Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan. ok..yang kaler biru tu cik Am saja je nak kasi kaler sikit...bagi cik Am yang cik Am rasa agak tertarik sikit tu cik Am letak kaler biru tu...:)
so,jom makan coklat...sape2 nak belanja cik Am coklat pun blh gak.hihi
nak taw website coklat yang selama ni cik Am terliur tgk coklat dy...
klik sini..
contoh coklat dy...:)
jom kita usha blog dy...hihi
erm...agak2 ada suggestion blog lain x?? nak tgk coklat lawa pun jadi la...huhu
erm...agak2 ada suggestion blog lain x?? nak tgk coklat lawa pun jadi la...huhu
ok..itu je...daaaaaaaaaaaa







3 kupu-kupu:
kenapa nak minta maaf cik am..cik am letak gmbr blog tqah pun terharuuu sangat dah! hehe..terima kasih! :)
hihi...welcome....:)
sdap lak ai coklat tu....rse nk pegi kdai dh neyh bli coklat....hahaha... ingat!! coklat tidak menggemukkan..so, mknlah spuas2nye....
Catat Ulasan