BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Berkelah di Air Terjun Bekok

salam..

Tajuk entri ni dah macam tajuk karangan UPSR kan?
karangan ke tak karangan ke yang penting nak cerita tentang perkelahan kami yang berlangsung pada hari semalam. cewah,ayat tak boleh blah,k bye.

papepun,kasi up dulu la gambar baru leh hola hola ...






okey,ni buddyz cik Am.. semua cikgu-cikgu la ni,kalau nak usha-usha,maaf lah semua da berpunya. cik Am je duk menunggu JEP ,seribu tahun takkan mungkin la tu kan,berangan je lebih.

kami gerak konvoi dengan bantuan geng-geng myvi club,yang ni cik Am propa je,kami gerak naik dua buah kreta myvi je,xde la myvi club sgt.Awal-awal pagi lagi kami bangun,nak sediakan bekalan seperti di dalam gambar tu..

Setibanya kami di sana,haha okey fine ayat karangan lagi. ni salah satu air terjun yang tidak berbayar,masuk adalah PERCUMA .. xde tol dan sebagainya. yelah,air terjun ni dekat area segamat dari tempat cik Am memang la tak de tol,xtaw la dari tempat korg,. :D . airnya sungguh nyaman dan menyegarkan,tapi cik Am xmandi la,sebab itulah cik Am pakai baju macam nk g mall je,merah mak ngah,kau.. sejuk kot airnya,cik Am rendam kaki je pun da gigil tahap beruang kalau xde kulitnya tu.  ha,kritikalkan tu. 

tapi tgk member mandi pun da rasa seronok dan beronok-ronok. Disebabkan cik Am tak mau mandi,cik Am diamanahkan oleh member untuk,okey jom tgk plak gambar nextnya..




untuk jadi kamera woman. amek kau xnak mandi sgt.. tapi xpe,kita ambik gambar sendiri pun boleh,hehe..spek tu paling mahal rm 1.80,okeyh..:D
pertama kali dalam idup cik Am ,pakai ksut tumit tinggi jungle trekking,kau mampoo? kitorg pilih "putt" (gaya si shahrol dalam Ustaz,Mu Tunggu Aku Dtg) yang bagus dan tak delah nak menonjol sgt depan org ramai,maklum la gurlz-gurlz ni nak privasi ,nak kuak lentang,kuak kupu-kupu dan sebagainya kat port baik punyer tu.

jom layan gambar selebihnya

ni cik Am bersama rakan praktikum 1,2 dan 3

yang ni pulak cik Am bersama dengan rumet tersayang selama 4 thun lebih

Trip perkelahan ni merupakan trip pertama bagi tahun 2014 ni,masa hanya tinggal kurang setahun lagi untuk kami luangkan masa bersama-sama. Banyak lagi trip yang dirancang ni,nanti cik Am update lagi ye.

so,kepada yang ingin bermandi-manda disini,bolehlah datang bila-bila masa sahaja,memang tempat baik untuk tenangkan minda dan fizikal kita dari segala stress. Nasihat cik Am jangan buang sampah merata-rata,majulah pusat pelancongan demi ekonomi negara,haha.. macam duta cuti-cuti Malaysia pulak cik Am ni. :D

okey,last ni gambar me n him today punye pulak.. hihi.. papepun sentiasa la doakan mimpi jadi kenyataan ni ye



sekarang ni cik Am tgh angau dengan mamat sebelah ni,jadi layankan je cik Am ni ye,. jangan meluat lak..hihi..mana tau kalau doa dimakbulkan t cik Am pegi umah korg ngan mamat ni..(berangan di siang hari)

okey.. daaa.. Assalamualaikum

Demam Maharaja Lawak Mega 2013

salam..

dah lame cik Am x update entri kan?
ok,untuk makluman semua,cik Am skrg berada di tahun akhir pengajian perguruan,hampir selangkah lagi untuk menjadi guru. sekejap je masa berlalu..

kali ni cik Am nak update tentang Maharaja Lawak Mega 2013. okey,cik Am minat sgt dgn kumpulan SHIRO .. nampak usaha diorg untuk membuat org gelak.. dari minggu 1 hingga kini semua lawaknya bagus.. 




Diorang ni org kluang,cik Am kat batu pahat,xla jauh sgt tp xpenah jumpa dyorg secara live. tapi xpela,tgk dalam tv pun jadilah.. cik Am ni sebenarnya xkenal pun SHIRO ni,bila adik cik Am syok je tgk SHIRO kat MLM,cik Am pun join skali layan..last2 cik Am lak terpikat.. cewahhh...

Minggu yang cik Am paling suka minggu ke-5 yang si Shahrol jadi Mujibur dari Bangladesh.. yang tu serius lawak tahap xingat. cik Am da tgk lebih 5 kali video MLM minggu 5 tu,tp still xpuas tgk..




sape yang tengok time ni,serius gelak punye.. mcm mana dyorg dapat idea nk buat lawak ni.
tapikan bila cik Am duk ngadap Maharaja Lawak ni kan,cik Am terfikir,yakin dan beraninya dyorg mengadap ribuan penonton setiap minggu ye.. mcm mana pulak cik Am nk jd yakin dan berani begitu di hadapan murid. cik Am still lagi rasa gugup ketika mengajar . kalau lah dapat serap sedikit ilmu dari geng-geng lawak ni,kan best.. :D

ok lah,cik Am skunk ni tgh demam Maharaja Lawak Mega ni,so,apa lagi kalau minat ngan SHIRO ni,undi lah dyorg.. saingan kali ini lebih hebat dengan kehadiran SEPAHTU.. tu kumpulan hebat wooo.. kepada SHIRO,cik Am ucapkan gud luck,bila da berjaya jangan dilupa pada yang ESA ye... Shahrol n Ajak gandingan hebat buat SHIRO.. gua salute lu,bro..


last.. cik Am nak tunjuk sikit pakwe cik Am yang dikasihi..doa-doa lah mimpi jd kenyataan.. :D




ok,daaa.. assalamualaikum..

rindu kamooo...

salam semua..

daripada mengantuk kat bilik guru ni,baiklah cik Am update entri kan?..
tadi tiba-tiba cik Am rindu lak kat anak buah..uwargh!!..
bila mau jumpa ni..hoho..

layan gambar dia la kejap..skrg da bsar da dia..

buat muka garang pulak dia...

seksi tak saya??

ni tengah bagi tazkirah agaknya..:D

apa pandang-pandang shayer??

yeay,saya dapat berdiri..sikit lagi dapat jalan,padan muka cik teh kena kejar saya..

ok..itu je..
wassalam..:D

sekilas tentang praktikum 2

salam..

untuk makluman semua,cik Am sekarang sedang berpraktikum di SK Seri Gading,Batu Pahat.. sape org batu pahat yo? hihi

so far setakat ni okey la,mula-mula agak kekok sikit tapi pejam celik,pejam celik..cik Am da nak abiz da praktikum 2.. praktikum kali ini cik Am mengajar Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani.

ni time jamuan raya peringkat sekolah..aish mana satu cikgu ni..:D

cikgu cikgi berposing!

ni projek akuarium ikan hiasan tahun 5..cantikkan?

ok,ni aktiviti ikhtiar hidup TKRS..buat sandwich je la mampu..



sepanjang dua bulan praktikum,ni saja gambar yang sempat ambik..nampak tak betapa bizinya jadi cikgu...cewahh..:D
ok..sampai sini dulu..wassalam..

Resepi inovasi : quinche extravaganza

Assalamualaikum..

Disini cik Am nak kongsi satu resepi yang diubahsuai sedikit iaitu quinche extravaganza..


Siapa yang nak salin resepi boleh la salin..
senang je..

Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan Kulit :
100 gm tepung gandum
60 gm marjerin
1 biji telur

Bahan Inti:
250gm daging kisar
5 batang sosej (dipotong)
½ tin cendawan butang (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 camb sos cili
1 camb sos tomato
2 camb serbuk oregano
1 camb serbuk basil
3 camb mayonis
Garam dan lada sulah
1 sudu minyak

Bahan Topping :

1 biji telur
40 ml susu segar
30 gm keju parut (cheddar)
2 camb tomato puri
1 camb mayonis




Cara Membuat :

1.    Untuk kulit :Campurkan tepung,marjerin,telur dan uli sebati hingga menjadi doh yang lembut.Rehatkan doh. Bentukkan doh menjadi kelongsong yang tipis ke dalam acuan.cucuk permukaan dasar dengan garfu.Bakar kosong selama 10 minit

 










2.    Untuk inti :Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta serbuk oregano dan serbuk basil.Kacau sehingga pekat Kemudian ,masukkan sos cili,sos tomato, dan lada sulah.Masukkan sosej,cendawan butang dan gaul sebati.  Setelah inti siap dimasak,letakkan inti ke dalam bekas dan gaulkan dengan mayonis.







3.    Untuk Topping :Pukul telur bersama susu segar. Kacau rata diikuti keju parut dan tomato puri .Tuang atas bahan inti.






4.    Untuk Quinche Extravaganza : Ambil inti tadi, isi dalam kulit quiche, ratakan. Berhati2 tuang topping berkeju tadi atasnya, ratakan. Tabur lebihan sosej,cendawan dan keju di atas topping. Sambung bakar lagi selama 15 - 25 minit hingga permukaan quiche perang keemasan dengan suhu 180°. Sejukkan sebelum dipotong, dan hidangkan bersama sos kegemaran. Sesuai untuk minum petang.




    sekarang,da siap!!..jom makan...nyum3..

semester 6

salam..

da lama cik Am tak updatekan?
diam tak diam sekarang cik Am da semester 6 da..yessss..ada lagi dua semester lagi nak bergelar graduan pendidik..hihi..tapi posting ke tak masih dalam perbicaraan lagi,harap-harap posting cepat la lepas grad nanti berbaloi la dengan usaha yang semua guru pelatih keluaran IPG ni..tak delah menganggur je..

kalau kena menganggur jugak,kerja apa ye yang sesuai??

kerja katering?
- maklumlah kan cik Am kan ambik subjek Kemahiran Hidup mestilah sesuai dgn masak-memasak..hihi..tapi tulahh kerja katering ni penat.

buat kek?
ambik kelas buat kek pastu ambik tempahan buat kek,hihi

jual online?
yang ni kerja rilek,boleh la sambil-sambil online tu kita goyang-goyang kaki,hihi.. tapi kalau tak pandai promote susah gak..

kerja cikgu ganti?
- ada jugak senior2 cadangkan lepas abis belajar terus apply guru ganti,walaupun gaji sikit tapi ok lah,tak de la jadi penanam anggur terhormat. Ok gak cadangan tu kan..:)

tapi apa-apa pun rezeki tu datangnya dari Allah..ikut lah kekosongan yang ada dan bukan lah hanya  berharap serta berserah,kita perlu berusaha hingga menjadi insan yang berguna. Memang rugi kalau ambik jurusan pendidikan tp tidak menjadi guru,namun sebelum menjadi guru kita perlu pupuk naluri hati kita seperti seorang guru yang berakhlak mulia..:)

Putera Raiyan ,buah hatiku

Assalamualaikum..

rasanya da lama jugak la cik Am kaku dalam menulis blog ni. Al-maklum la tgh sibuk,yelah semester ini pula cik Am memikul tanggungjawab sbagai penolong ketua opsyen,tugas dia macam penolong kelas jugak la tapi up sikit kena ambik kedatangan rakan-rakan sekelas,meringankan beban ketua opsyen dan lain-lain yang berkaitan.

untuk makluman pembaca-pembaca juga,cik Am da ada anak buah sulong iaitu Muhammad Raiyan Azhad bin Herman.. si kecil yang menawan hati kami sekeluarga. Rindu sangat dengan suara tangisannya yang chumelll. Jom layan gambar...




 ha..ni la si chumell tu...budak chubby yang suka menendang. 



Bila la kita dapat jumpa lagi ye raiyan. Baru minggu lepas hantar raiyan dan my sis balik ke kampung mertuanya di Bahau,N9 tapi terasa macam da berbulan da tak jumpa.. "rindunya cik teh kat raiyan".

okehlah..lain kali cik Am post lagi..daaa semua..

suka??klik je